Trending By: Khairil Khusyairi August 29, 2022 @ 1:27pm

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim akan menjalani rawatan penyakit kulit yang dihidapinya sejak tahun lalu di negara Arab.

Minggu lalu, Ustaz Kazim memberitahu penyakit itu merebak ke bahagian muka hingga beliau terpaksa mengenakan topi atau memakai bedak asas ketika menyampaikan ceramah.

Tambah Ustaz Kazim, dia akan berangkat ke negara berkenaan bulan hadapan bagi menjalani rawatan selama lima hari.

“Kalau dahulu bahagian kaki sahaja kini sudah satu badan hingga naik ke muka. Keluar rumah saya akan pakai lima lapisan bedak asas tebal untuk melindungi muka daripada cahaya matahari dan sebagainya.

“Kalau jumpa saya waktu siang, nampak elok kerana bedak. Saya masih dalam proses rawatan dan dalam masa terdekat akan ke luar negara di Arab. Setakat ini pergi lima hari namun bergantung kepada rawatan,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau menerima hampir 800 tawaran daripada pusat rawatan tradisional dan individu yang mahu membantu merawat penyakit itu.

“Saya terima tawaran dari India, Turki dan negara Arab. Saya pilih Arab.

“Ramai pakar perubatan bantu saya setakat ini dan nampak banyak perubahan. Bahagian kaki dan badan sudah cantik serta kering lukanya,” katanya.

Ujar beliau, turut mengamalkan makanan sunah seiring dengan kaedah perubatan moden.

“Kalau ada yang mengatakan saya menolak perubatan moden itu tidak benar. Saya menerima rawatan jantung dan diabetes di hospital termasuk rawatan ketika ini.

“Saya cuma katakan jangan ketepikan rawatan sunah. Saya tidak pernah tinggal habbatus sauda, madu lebah dan lain-lain sebagai salah satu usaha rawatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Kazim mengenakan pakaian bertopi dan menutup hampir seluruh wajahnya ketika sesi ceramah siaran langsung di Facebook sejak Isnin.

Ustaz Kazim berkata, sedang menjalani rawatan dan dinasihatkan pihak doktor supaya tidak mendedahkan secara terus anggota tubuhnya kepada cahaya matahari.

Penceramah popular itu berkongsi secara terbuka penderitaan penyakit misteri dialaminya menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.

Beliau mendedahkan terpaksa memakai solekan tebal untuk menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kulit Sensitif Pada Cahaya, Ustaz Kazim Elias Akui Terpaksa Beri Ceramah Tutup Sebahagian Muka Dengan Topi

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Hiburan Tue, 6 Feb 2024

“Cirit-Birit, Muntah Serta Kuku Panjang & Kotor…” – Mizz Nina Dakwa Musa Alami Trauma Diambil Bekas Suami

Allahu kesiannya baby Musa.. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan cara baik

Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Hiburan Thu, 3 Jul 2025

“Nak Bergurau Ada Hadnya, Jangan Sampai Menyindir” – Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny beri pesanan pedas kepada netizen bergurau melampau tapi menyindir?

Trending Mon, 22 Jan 2018

收到新人宝可梦RPG喜帖 好友「我接受你们的挑战!」

曾经红极一时,大街小巷人人都在抓宝的《精灵宝可梦》,现在……还是很红啦!网络流传着日本一对死忠的宝可梦玩家准备要结婚了,于是他们的喜帖特别精心设计,当然也跟宝可梦脱离不了关系。

error: Content is protected !!