Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 29, 2021 @ 3:36pm

“Kurang Ajar Dan Tak Ada Adab” – Netizen Hentam Influencer Marah Warga Emas Depan Orang Ramai

Viral mengenai rakaman Instagram story menunjukkan seorang lelaki yang didakwa merupakan usahawan terkenal yang dilihat bercakap kasar dan ‘kurang ajar’  dalam melayani warga emas tersebut.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, usahawan berkenaan dipercayai mempersoalkan kisah lampau pak cik tersebut yang dikatakan kurang berusaha dan akhirnya menjadi gelandangan.

Malah, usahawan itu juga sempat bertanyakan sama ada pakcik tersebut menyesal dengan apa yang dilakukannya sewaktu muda.

Tindakan usahawan tersebut ternyata mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen dan rakan selebriti yang menganggap tindakannya itu sebagai tidak beradab dan kurang ajar.

RM5O diberikan sebagai tanda keberanian…

Bukan itu sahaja, usahawan berkenaan dipercayai memberi wang sebanyak RM50 sebagai tanda penghargaan di atas keberanian pak cik tersebut kerana tampil ke hadapan menceritakan mengenai kisah silamnya.

Malah, pak cik tersebut juga dikatakan turut memberitahu sebab utama kenapa beliau mahu mengubah hidupnya.

Ciapan yang kini mendapat lebih 30,000 ulang kicau dan 11,000 tanda suka ini ternyata dibanjiri komen netizen yang mempersoalkan adab usahawan tersebut yang tidak patut diberi layanan sedemikian.

Usahawan berdepan denda RM1,500 tidak patuh SOP!

Selepas video tersebut tular, ramai yang mempersoalkan bahawa usahawan berkenaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berdepan dengan khalayak.

Justeru itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata pihak polis mengesan perkara ini dan kejadian itu berlaku pada 11.30 pagi semalam ketika usahawan tersebut menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di satu pusat transit.

Usahawan yang berusia 34 tahun itu dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang semalam dan dikenakan denda sebanyak RM1,500.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Sat, 20 Dec 2025
Trending Mon, 3 Feb 2020

Jururawat “Psiko” Ditahan Atas Cubaan Bunuh Bayi Berusia Satu Hari

Harap-harap keadaan bayi tersebut dalam keadaan stabil dan sihat

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Kolaborasi Paling Gempak Hujung Tahun Ini, Nidji & Bunkface Bersatu Di Pentas Nusa Fest!

Nusa Fest Presents: Nidji x Bunkface akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025.

Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Wed, 14 Apr 2021

Tidak Perlu Tunjuk Aktiviti, Hanya Isi Borang Untuk Rentas Negeri

Berikutan isu berita yang tular di media sosial, pihak polis hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa seseorang individu yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri perlu mengemukakan bukti jadual perjalanan dan aktiviti yang dilakukan. Pengarah Jabatan […]

error: Content is protected !!