Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 28, 2024 @ 3:21pm

Dilabel Model Kontroversi, Alicia Amin Anggap Gelaran Sebagai Pujian

Pelakon Alicia Amin mengakui dirinya terbuka dan tidak kisah dilabel sebagai model kontroversi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Alicia ketika membuat content makan bersama pempengaruh media sosial, Ceddy, baru-baru ini.

Menurut Alicia, dia sering menganggap gelaran itu sebagai satu pujian kerana dia selesa menjadi dirinya sendiri.

“Saya rasa, dia macam satu pujian sebab saya ‘lain’ in public. Saya tak maksudkan sesiapa, tapi saya tahu ramai yang sependapat dengan saya.

“Dan atas sebab tertentu mereka tidak boleh kongsi pendapat yang sama kepada umum atau online sebab nak jaga periuk nasi, nak bagi keluarga makan dan sebagainya. Saya hormati semua tu.

“Jadi saya rasa jika saya dilabel kontroversi hanya sebab jadi diri saya, saya rasa itu satu pujian,” katanya.

Sebelum ini, Alicia pernah membuat protes untuk mempertahankan nasib peragawan yang lain kerana tidak mendapat bayaran selepas membuat pertunjukan di KL Fashion Week.

Kata Alicia, selepas protes tersebut kebanyakan model yang terkesan datang dan berterima kasih kepadanya kerana berani bersuara.

Difahamkan, hasil protes tersebut pihak yang bertanggungjawab telah pun melunaskan bayaran kepada semua model yang terlibat.

“Saya pun pernah menjadi model baru juga. Saya pun pernah tidak dibayar. Saya pernah berada dalam senario itu dan saya faham dari perspektif yang kita tidak mahu diambil kesempatan terutamanya freelancers dalam industri ni.

“Semua kena bersuara. Macam sekarang kita boleh bersuara di media sosial sebab orang yang kita cuba sampaikan tu tak mendengar kita.

“Jadi kita perlukan orang lain untuk mendengar kita dengan harapan semua tu boleh memberi tekanan kepada mereka yang kita maksudkan,” jelasnya.

@ceddyornot Take Ceddy Out • S03E05 [Featuring @Alicia Amin ♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Trending Thu, 24 Jun 2021

Hatimu Sedingin Salju Gandingkan Hisyam Hamid & Aprena Manrose

Pelakon Hisyam Hamid dan Aprena Manrose bergandingan dalam drama bersiri terbaru slot Akasia TV3, Hatimu Sedingin Salju. Karya terbitan Orangetree Production ditayangkan bermula hari ini (24 Jun 2021), setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 […]

Trending Thu, 4 Mar 2021

Majlis Akad Nikah Bersemuka Dibenarkan Bermula 8 Mac Ini

Wah, dah boleh akad secara bersemuka lah…

Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ek🥴

Featured Fri, 10 Mar 2023

Terpaksa Jalani Pembedahan, Uqasha Senrose Keguguran Dua Kali – “Haid Datang Tak Berhenti…”

Allahuakbar! Berat ujian Uqasha & Kamal 😢 Semoga ada rezeki buat pasangan ini ❤️

error: Content is protected !!