Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 30, 2023 @ 11:21am

“Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

Sejak kebelekangan ini, isu orang ketiga dalam rumah tangga beberapa selebriti tanah air kerap menjadi perbualan dalam kalangan warganet menerusi platform media sosial.

Lebih teruk lagi, isu tersebut juga mampu menyebabkan keruntuhan rumah tangga yang telah lama dibina oleh pasangan terbabit.

Terbaharu, penyanyi Bella Astillah tampil mendedahkan bahawa suaminya, Aliff Aziz kerap menerima panggilan dan pesanan ringkas menerusi platform WhatsApp daripada seorang pelakon wanita.

Malah, aktres tersebut turut menghubunginya dan meminta maaf serta mengakui khilafnya yang ‘tersuka’ pada Aliff.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Menyedari perkara itu, pelakon berbakat besar, Nabila Huda turut terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut menerusi ruangan komen Instagram XTRA.

Menurut Nabila, dia berasa kurang senang dengan tindakan aktres terbabit yang tidak fokus dengan kerjaya sebagai seorang pelakon dan melazimkan tabiat cinta lokasi di set penggambaran.

“Siapa perempuan tu? Yang shoot sekali dengan Aliff tu ke? New actor tu kan? Meh sini aku ganyang dia mengada TER suka suami orang.

“Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur kat set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan keriaya sebagai seorang pelakon. Tak boleh nak kawal nafsu dan focus bukan untuk berlakon tapi nak menyundal kat set.

“Tolonglahhh.. buang lah sikap nak jatuh cinta kat set ke, ter suka ke, terlanjur ke..please lah! Focus on what you’re doing. Be a good actress! Bukan be a good prostitute, FAHAM?,” katanya di ruangan komen XTRA.

Setakat artikel ini ditulis, komen tersebut telah menerima sebanyak 400 tanda suka dan mendapat pelbagai respons netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Apr 2021

Tak Ada Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Keguguran

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran. Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dia menerima pekhabaran terbabit ketika membuat pemeriksaan kehamilan semalam. “Sebenarnya saya baru tahu […]

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Sat, 15 Mar 2025

Lagu Raya ‘Syawal Rindu’ Kolaborasi Sulung Black Hanifah & Adira Suhaimi

Penyanyi popular, Black Hanifah dan Adira Suhaimi kini tampil  dengan lagu raya baharu mereka pada tahun ini.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Trending Sun, 1 Nov 2020

Bakal Berkahwin Mac Depan, Neelofa Sah Dirisik PU Riz?

Tahniah Lofa dan PU Riz, semoga hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin????

Featured Mon, 12 Jul 2021

Jenazah Benjy Dikebumikan Di Medan

Jenazah pelakon, Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad lalu selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin. Baca artikel berkaitan : Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma Difahamkan, […]

Featured Fri, 25 Nov 2022
Featured Tue, 8 Nov 2022

Ara Johari Lancar Single Terbaharu ‘Pasti Tiba’

Sebut sahaja nama penyanyi wanita tanah air yang mempunyai kelantangan vokal dan bakat tersendiri, salah seorang semestinya Ara Johari. Terkenal dengan lagu balada, kini dia sekali lagi muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Pasti Tiba’ hasil […]

error: Content is protected !!