Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 13, 2023 @ 1:50pm

Fuh, Hebat Betul! Ramalan Neelofa Buat Aina Abdul & Alif Satar Di AJL37 Tepat

Ramalan selebriti terkenal Neelofa mengenai kemenangan yang dirangkul oleh Aina Abdul dan Alif Satar & The Locos di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) menjadi kenyataan, malam tadi.

Bukan itu sahaja, setakat ini Neelofa telah berjaya membuat ramalan yang tepat sebanyak empat kali berturut-turut mengenai acara berprestij ini.

Terdahulu, selebriti itu telah memuat naik sebuah ciapan yang meramalkan Aina dan Alif bakal merangkul kemenangan di tiga carta teratas menerusi platform Twitter.

Acara tersebut telah menyaksikan Aina yang mempertaruhkan lagu yang berjudul Terus Hidup hasil ciptaannya dinobatkan sebagai Juara AJL37 dan memenangi kategori Vokal Terbaik.

Sementara itu, Alif & The Locos turut berjaya mengungguli tempat ketiga selepas mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah di acara tahun TV3 tersebut.

Dalam perkembangan lain, penyanyi SonaOne dan Joe Flizzow telah berjaya memenangi tempat kedua selepas mempertaruhkan lagu ciptaan mereka sendiri, Satu Malam Di Temasik.

Malah, Shiha Zikir pula telah berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama, semalam.

Acara berprestij itu telah diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan menyaksikan gandingan dua hos popular, Sherry Alhadad dan Jihan Muse.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Tak Pernah Lupa! Ini Ramalan Neelofa Siapa Yang Akan Mengungguli AJL Kali Ini…

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Tepati Ramalan! Terus Hidup Dinobat Juara, Ini Keputusan Penuh AJL 37

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: “Berhabis Lebih RM100,000 Tapi Saya Puas” – Netizen Komen Naim Daniel Lebih Layak Menang Persembahan Terbaik, Ini Respons Shiha Zikir

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: “Persaingan Sengit… Terus Hidup Dapat Lebih 2 Markah Berbanding Satu Malam Di Temasek” – Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Excited Nak Kongsi Momen Di Sebalik Tabir, Jihan Muse Tersasul Air Purifier Jadi Air Fryer

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

‘Tak Taulah Awak Kenal Saya Ke Tak, Tapi Awak Datang Ke Kerusi Saya…’ PU Amin Tegur Ben Ladin?

Difahamkan, kedua selebriti ini bertemu di sebuah acara anjuran stesen televisyen sebelum ini.

Hiburan Fri, 29 Nov 2024
Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Da’i Danial Tak Jangka Tersingkir

Memang tak jangka, tapi peserta berusia 27 tahun ini akur dengan adat dalam sesebuah pertandingan. Kalah atau menang adalah lumrah sesebuah program realiti. Sabarlah ya, Insha Allah ada rezeki lebih baik menanti di luar sana!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Jom dapatkan CD single Milikku hari ini, sambil membeli boleh kita menderma!

Trending Tue, 18 Aug 2020

Berkelulusan Universiti Princeton, Kerabat Pahang Ini Dikagumi Ramai

Baginda juga seorang yang mementingkan privasi..

error: Content is protected !!