Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 27, 2022 @ 5:07pm

“Masa Awal-Awal, Saya Pernah Terlepas Marah…” – Puteri Sarah Tidak Kongsi Masalah Pada Anak-Anak, Atasi ‘Stress’ Dengan Mengaji

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendapat perhatian ramai namun pelakon wanita ini memilih untuk tidak menceritakan hal itu kepada anak-anak.

Melalui perkongsiannya di Instagram Story, Sarah mahukan persekitaran positif buat kedua-dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.

“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu. Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,”katanya.

Dalam perkongsian IG Story lain, Sarah mendedahkan dia pernah berdepan dengan situasi kegagalan mengawal emosi sehingga anak-anak terkena tempiasnya.

“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.

“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.

“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon ini turut berkongsi cara beliau mengawal ‘stress’ adalah dengan mengaji Al-Quran dan ia sudah diamalkan sejak tahun lalu lagi.

“Bila saya mula mengaji semula pada tahun lepas, jiwa rasa terisi dan kuat. Setiap hari cuba isi walau 20 minit . Dengan mengaji, ia buat hati saya rasa tenang. Saya dapat semula kawal diri dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.

“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Bengang Menunggu 4 Jam, Siti Elizad Naik Angin!

Pelakon berkenaan bukan pelakon utama untuk drama yang bakal ditayangkan di NTV7 itu nanti! Kalau dia nak minta maaf, sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus.

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

SM Faisal Nasimuddin Dan Puteri Aisyah Intim?

Menerusi muat naik tersebut, kelihatan SM Faisal dan Puteri Aisyah memuat naik gambar dan video mereka keluar menonton wayang bersama. Sweet kan?

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Thu, 12 May 2022

Iedil Dzuhrie Alaudin Seronok Boleh Tukar Angin, Tidak Rasa Terbeban Ulang Alik Jakarta – Kuala Lumpur

Iedil tidak rasa terbeban ulang alik Jakarta – Kuala Lumpur, malah rasa lebih seronok boleh tukar angin.

Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Insiden Lelaki Tegur Aurat Wanita Secara Terbuka, Pendapat Izara Aishah Dikecam Warganet – “Niat Untuk Menginsafkan Atau Memalukan?”

Hmm.. ada betul juga apa yang Izara cakap ni kan gais? Tak salah untuk menegur cuma kena tengok pada situasi juga.. tapi teruk juga Izara dikecam, fuhh

Hiburan Mon, 30 Dec 2024

CSOIAM: 4 Peserta Tersingkir! Perjalanan Trio XL, Dhania, Erfarina & Aniq Iffat Tamat Di Minggu Kedua

Trio XL, Dhania, Erfarina dan Aniq Iffat tersingkir di minggu kedua CSOIAM.

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ziana Zain sudah ‘move on’!

Ziana memberitahu, dia  perlu  kuat dan meneruskan kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah.

Hiburan Sun, 9 Feb 2025

Terima 10 Dinar Emas & Cincin, Wanna Ali Sah Bergelar Isteri

Wanna Ali sah bergelar isteri Khairil Amri Khalid

error: Content is protected !!