Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 30, 2024 @ 1:32am

CSOIAM: 4 Peserta Tersingkir! Perjalanan Trio XL, Dhania, Erfarina & Aniq Iffat Tamat Di Minggu Kedua

Perjalanan Trio XL, Dhania, Erfarina dan Aniq Iffat tamat selepas menjadi empat peserta tersingkir pada konsert minggu kedua dalam program realiti Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Studio ntv7, Glenmarie, Shah Alam, sebentar tadi.

Keempat-empat peserta ini mendapat markah terendah berdasarkan 60 peratus penilaian juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, bersama juri jemputan, Yuna serta 40 peratus undian peminat.

Di akhir konsert, Jimi dinobatkan sebagai peserta Terpaling Fizz selepas menyerlah dengan persembahan memukau menerusi lagu Di Penjara Janji yang dipopularkan oleh Datuk Awie.

Sebagai ganjaran, Jimi bakal berduet bersama Aina Abdul pada konsert minggu ketiga yang dijadualkan berlangsung Ahad depan.

Konsert minggu kedua turut diserikan dengan penampilan Dayang Nurfaizah, finalis musim pertama OIAM pada tahun 2006.

Proses penyingkiran akan diteruskan pada konsert minggu ketiga sehingga hanya empat finalis yang layak ke konsert akhir, yang akan berlangsung pada 9 Februari tahun depan.

Penentuan pemenang ditentukan melalui gabungan 60 peratus markah daripada juri dan 40 peratus undian penonton.

Untuk konsert ketiga yang bakal bersiaran minggu depan bertemakan ‘Rasa Paling Indah’, 10 peserta iaitu Kai Deva, Alya Mardien, Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Mariam, Maryam Grace, Dayangku Iffah, Jimi dan Rezza Shah akan mara merebut hadiah RM1 juta.

Program realiti ini, yang mencipta fenomena sejak edisi pertamanya pada 2006, kini kembali di TV3 dengan format baharu, bermula malam ini hingga 9 Februari tahun depan.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 20 Mar 2022

Enggan Terus Diboikot, Akhirnya Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media Tempatan

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Shila Amzah, 32, akhirnya memohon maaf kepada pihak media tempatan. Biarpun ada pihak yang mengatakan kemenangan Shila dan SOG menerusi lagu Pelukan Angkasa di AJL 36 tidak diraikan […]

Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Gigi Kembali ‘Nakal’ Di Kuala Lumpur

Wahh akhirnya terubat jugak rindu peminat nak tengok Gigi perform!

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Hazama Ubati Rindu Peminat Dengan ‘Tunggu Aku Datang’

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan terbaru Hazama ini mampu mengubati rindu para peminatnya yang sudah lama tidak disajikan dengan persembahan muzik yang hebat daripada penyanyi tersebut.

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Kang Daniel Slayed the Charts! And the Hearts of the Ladies!

Produce 101 Season 2 and Wanna One gem is finally making his long anticipated debut with “What Are You Up To”

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Sambut Hari Jadi ke-24, #JennieDeservesBetter Trending Di Twitter

Selamat Hari Jadi Jennie! Jangan sedih-sedih ok?

Featured Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

“BEDAH T***K TAK SIAP LAGI KE,” NETIZEN SINDIR SAFIEY ILLIAS

Adakah 31 Disember ini akan memberikan satu lagi perkhabaran bahawa Safiey Ilias akan bertukar semula menjadi “Sofea Ilias” atau sebaliknya?

error: Content is protected !!