Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 26, 2018 @ 5:10pm

Hazama Ubati Rindu Peminat Dengan ‘Tunggu Aku Datang’

Penyanyi Hazama bukan nama asing dalam industri muzik tanah air.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi antara salah seorang penyanyi lelaki terbaik di Malaysia masa kini.

Selepas sekian lama sepi tanpa single terbaharu, penyanyi berusia 34 tahun ini kembali mencuri perhatian dengan single terbaru berjudul ‘Tunggu Aku Datang’.

Lagu yang dicipta oleh penyanyi dan komposer popular, Tam Spider ini mendapat sentuhan Keon selaku penulis lirik dan mengetengahkan muzik berkonsep Pop Balada.

Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan terbaru Hazama ini mampu mengubati rindu para peminatnya yang sudah lama tidak disajikan dengan persembahan muzik yang hebat daripada penyanyi tersebut.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records percaya dengan kebolehan Hazama dalam membawa apa jua genre muzik.

“ Kehebatan vokal Hazama sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Lunak suara dan gaya nyanyian beliau pastinya akan memukau setiap persembahan.

“ Jadi saya harapkan agar ‘Tunggu Aku Datang’ ini dapat memberikan impak lebih terhadap industri muzik tempatan,” katanya.

Lagu ‘Tunggu Aku Datang’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

Featured Sun, 10 Nov 2024

Nyanyian Fazura Dikecam, Pengurus Kesal Nama Dipetik  – “Saya Memang Tak Ada Kena Mengena Dengan Projek Lagu Itu”

Pengurs Fazura menegaskan bahawa dia tiada kena mengena dengan promosi lagu tersebut di Indonesia.

Hiburan Sun, 11 Aug 2024
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Netizens Speculate Han Seohee’s Latest Instagram Post is For BIGBANG’s T.O.P

It seems like Han Seo Hee is making headlines once again…

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

5 THINGS TO KNOW OF PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S ENGAGEMENT

Congratulations to the lovely royal couple.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Terlalu Sibuk, Alyah Tangguh Buat Rawatan IVF?

Datin Alyah dan suami ada pertimbangkan menjalani rawatan IVF tetapi…

error: Content is protected !!