Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2024 @ 8:41pm

“Hanya Datuk Red Di Hati Saya” – Adira Suhaimi Tegaskan Datuk H Tak Wujud!

Penyanyi Adira Suhaimi terkejut dengan wujudnya khabar angin sedang dipikat lelaki berstatus Datuk seperti yang didakwa warganet, baru-baru ini.

Pelantun lagu Ilusi itu menyangkal dakwaan terbabit dan menegaskan individu yang didakwa menggunakan nama Datuk H itu tidak pernah wujud, malah dia juga tidak mengenali mana-mana individu berstatus Datuk.

Tak kenal Datuk H

“Sejujurnya, saya terkejut wujudnya cerita mengenai Datuk H ini. Saya memang tak tahu apa-apa. Datuk H tak wujud. Saya tidak tahu mana datangnya sumber itu sebab dari pihak saya, saya memang tidak mengenali siapa-siapa.

“Jika gosip ini timbul ketika saya masih muda dan baru dalam industri seni, mungkin saya nak elak-elak lagi untuk menjawabnya. Tetapi apabila saya sudah berada lama dalam bidang ini, saya sendiri sudah tidak mahu lagi menipu, dah malas nak tipu.

“Untuk lenyapkan cerita itu, saya kena bersikap jujur. Dalam keadaan sekarang, jika saya kata saya tak kenal, sememangnya saya tak kenal, malas nak tipu-tipu,” katanya.

Datuk Red enggan ambil peduli

Ketika disoal mengenai reaksi Datuk Seri Adenan Abu atau Datuk Red berhubung gosip itu, Adira menjelaskan bekas suaminya enggan mengambil peduli dakwaan terbabit kerana dia tahu cerita sebenar.

“Dia tahu dan dia tak kisah sebab dia tahu hanya dia sahaja di hati saya,” seloroh Adira.

Mohon doa yang baik-baik

Ditanya mengenai hubungannya bersama Datuk Red yang kembali mekar berputik, Adira hanya mengharapkan doa terbaik semua pihak.

“Doa yang baik-baik. Saya hanya aminkan. Saya tidak mahu cakap lebih-lebih, tapi saya berharap semuanya baik-baik sahaja,” katanya Adira ringkas.

Gosip didekati Datuk H timbul selepas Datuk Red menerima komen netizen yang mendakwa Adira sedang dipikat oleh seseorang namun tidak menyatakan identiti sebenar individu tersebut.

Adira ditemui XTRA pada sidang media drama bersiri Jangan Tinggal Abang Dek terbitan Erma Fatima yang diadakan di premis acara Senja Kirana, Sentul, petang tadi.

Selain Adira, drama arahan Amor Rizan itu turut menampilkan lakonan hebat Datuk Adi Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Elly Suriaty, Fathia Latiff, Alya Iman dan ramai lagi,

Drama terbitan Karya TV itu dapat di saksi dalam di platform media sosial produksi terbabit setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Terdahulu pada 23 April lalu Datuk Red menceraikan Adira yang juga isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Nov 2021

Pernah Digelar Gajah Oleh Rakan, Pemuda Tekad Turunkan Berat Badan

Sebenarnya sukar bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai perubahan dan transformasi untuk menurunkan berat badan terutamanya dalam tempoh yang singkat. Malah, ada yang […]

Hiburan Tue, 24 Sep 2024
Featured Fri, 25 Nov 2022

Isu Adegan Cium Elizabeth Tan, Jay Iswazir Tampil Buka Mulut

Dah lama berdiam, akhirnya Jay buka mulut

Events Sun, 1 Sep 2019

陈昇火辣钢管舞尽显「顽童本色」!承诺会再来唱

「音乐顽童」陈昇出道30周年《华人公寓》巡回演唱会,从去年开始巡回,今年终于与马来西亚「住客」见面,这也是他首次正式在大马开唱……

Featured Fri, 27 Sep 2024

Alvin Chong & Anis Nabilah Buat Penampilan Khas, Perkenalkan ‘Maritozzi’ Makanan Istimewa Rom Purba

Wah! Alvin Chong dengan Anis Nabila dah approved mesti sedap!❤️

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

“Saya Pernah Rasa Segan Ada Bapa Kerja Pengawal Keselamatan” – Aliff Syukri Angkat Kisah Peribadi Dalam Filem Pendek Raya ‘Ya, Abah Saya Security’

Filem pendek tersebut memperlihatkan sisi lebih peribadi Aliff apabila mengangkat perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa segan dengan pekerjaan ayahnya.

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Mira Filzah Mengaku Dah Bosan Dengan…

Sedia keluar dari zon selesa.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pihak Pendakwaan Ada Kes Yang Kukuh Terhadap Bekas Perdana Menteri – Tommy Thomas

Sehingga itu beliau akan menerima bahawa Najib Razak adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan.

error: Content is protected !!