Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 4:50am

“Saya Pernah Rasa Segan Ada Bapa Kerja Pengawal Keselamatan” – Aliff Syukri Angkat Kisah Peribadi Dalam Filem Pendek Raya ‘Ya, Abah Saya Security’

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tampil dengan sebuah filem pendek raya berjudul ‘Ya, Abah Saya Security’ yang diinspirasikan daripada kisah hidupnya sendiri bersama arwah bapanya yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Filem pendek tersebut memperlihatkan sisi lebih peribadi Aliff apabila mengangkat perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa segan dengan pekerjaan ayahnya.

Namun, seiring pertambahan usia dan pengalaman hidup, dia akhirnya memahami bahawa di sebalik uniform sederhana itu tersimpan pengorbanan besar seorang ayah yang bekerja keras demi masa depan anak-anak.

@xtra_my Sebak dengar perkongsian Datuk Seri Aliff Syukri mengenai bapanya 😭Aliff berkongsi kisah sebenar dia dan bapanya dalam filem pendek berjudul ‘Ya, Abah Saya Security’ istimewa sempena Syawal 2026. Sedihnya 🥹 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Karya berkenaan dilihat cukup dekat dengan diri Aliff kerana ia bukan sekadar naskhah sempena Aidilfitri, sebaliknya menjadi medium untuk dia menzahirkan penghargaan terhadap arwah bapanya yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Jalan Damai, Aliff Syukri Enggan Panjangkan Isu Dengan Ahmad Idham – “Lebih Baik Berbincang, Jarak Premis Kami 10 Langkah Sahaja”

Menurut Aliff, filem pendek itu lahir daripada rasa insaf dan kesedaran yang hadir apabila seseorang anak semakin dewasa.

“Bila kita masih kecil, kadang-kadang kita belum faham pengorbanan ibu bapa. Waktu itu kita lebih fikir tentang diri sendiri. Saya pernah malu ada bapa bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Tetapi bila kita dah besar, barulah kita nampak betapa besarnya pengorbanan mereka. Kisah ini memang sangat dekat dengan hati saya dan saya harap ia boleh menyentuh perasaan ramai orang di luar sana,” katanya.

Menerusi penceritaan yang sarat dengan nilai kasih sayang, pengorbanan dan penghormatan terhadap ibu bapa, Ya, Abah Saya Security membawa mesej yang cukup dekat dengan kehidupan masyarakat, khususnya ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Jujurnya, kalau anda ada ibu ayah yang susah, pasti anda akan merasakan sesuatu. Bagi saya, filem pendek ini saya hasilkan bukan untuk duit. Saya mahu memberi inspirasi kepada semua dan saya mahu dedikasikan filem pendek ini kepada arwah bapa saya serta saya mahu memberikan pengajaran kepada orang lain.

“Jangan malu dengan ibu bapa anda, duit mereka yang membesarkan anda seperti sekarang.Umur saya pun menjengah 40-an, saya perlu memberi impak baik kepada masyarakat,” katanya lagi.

Melalui naskhah itu, Aliff berharap mesej yang ingin disampaikan dapat membuka hati masyarakat untuk lebih menghargai ibu bapa dan insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.

Filem pendek ‘Ya, Abah Saya Security’ akan diperkenalkan kepada umum menerusi platform digital rasmi D’Herbs pada 12 Mac 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Mar 2026

Rebut Peluang Sertai Bonanza Berkat, Media Prima Tawar Duit Raya RM100 Untuk 50 Pemenang Setiap Minggu

Menariknya, lebih banyak keyword dihantar, lebih tinggi peluang untuk dipilih sebagai pemenang.

Featured Thu, 21 Jul 2022

Hati Ellie Suriaty Terpaut, Ini Sebab Kaka Azraff Dipilih Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Ke IPD Gerik

Wahhh, tak sabarnya min nak tunggu filem ni. Tengok iklan pun dah mengalirkan air mata… mesti hebat lakonan Kaka jadi Saadiah!

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Dikejarkan Ke Hospital, Ummi Nazeera Mohon Doa Peminat

Ummi memohon doa daripada peminat-peminat beliau agar mendoakan kesihatan dirinya dan juga bayi dalam kandungan

Events Mon, 19 Feb 2024

“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Semoga Allah menjaga dan memelihara saudara kita di sana😥💔

Featured Sun, 17 Oct 2021

“Salah, Saya Guna 4 Jin Jenis Vaksin”- KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima pelbagai reaksi daripada golongan antivaksin susulan kenyataan beliau yang menegaskan kerajaan akan menyusahkan kehidupan golongan antivaksin. Menerusi sosial media, golongan antivaksin dilihat melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang […]

Hiburan Thu, 3 Oct 2024

Seronok Berlakon Tak Bersentuhan, Nora Danish Rasa Harga Diri Mahal

Alhamdulillah, sejukkkkk tengok Nora Danish ❤️❤️

error: Content is protected !!