Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 15, 2025 @ 2:20pm

Thalita Dikritik Bercakap Kasar, Watie & Shuib Tampil Respons – “Anak-Anak Saya Semua Beradab”

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah menafikan anak tiri perempuannya, Thalita bercakap kasar dengannya seperti didakwa segelintir pihak.

Menerusi ruangan komen di portal hiburan, Watie meminta netizen untuk tidak terus menilai berdasarkan sebuah video dan terus melulu menjatuhkan hukum.

“Alamak, lain point yang kita nak tunjuk lain point yang orang debatkan. Jangan menilai dengan suasana yang menyebabkan perkara itu terjadi.

“Alhamdulillah, anak-anak saya semua jenis yang beradab dan menghormati,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib juga meninggalkan komen di ruangan sama mengatakan suasana dalam bilik tersebut terlalu kuat menyebabkan Thalita terpaksa meninggikan suaranya.

“Biasa tak bercakap kalau tempat bising, kan kena bercakap dengan kuat,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial memaparkan Watie meminta Thalita untuk merendahkan ‘volume’ muzik namun respons remaja berusia 12 tahun itu terhadanya didakwa kasar lebih-lebih lagi apabila dia menggunakan perkataan ‘woi’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 Dec 2020
Trending Fri, 5 Mar 2021
Hiburan Wed, 15 Feb 2023
Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Wah terbaiklah UK’SLAM bergabung atas satu pentas

Featured Tue, 18 Nov 2025

Muzik Video Kontroversi, Ustazah Asma’ Harun Hargai Tindakan Universal Music Malaysia & Kumpulan Dolla

Ustazah Asma’ Harun menzahirkan penghargaan kepada pihak Universal Music Malaysia dan kumpulan Dolla atas keputusan menurunkan muzik video kontroversi di semua platform digital.

Trending Tue, 6 Mar 2018

11 Bulan Bernikah, Akhirnya Dato’ Jamal Abdillah Perkenal Isteri Kepada Umum!

Selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah (Jamal) , 59, memperkenalkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin (Izatti), 24, kepada media buat pertama kalinya petang tadi.

error: Content is protected !!