Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 13, 2024 @ 6:28pm

Bukan Orang Senang, Che Ta Pernah Tinggal Di Kawasan Flat… Mahu Wanita Bangkit Dengan Pendapatan Sendiri

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 51, mendedahkan dirinya pernah hidup susah dan tinggal di kawasan flat sebelum mengecapi kemewahan seperti hari ini.

Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, dia juga bukan dilahirkan sebagai anak orang berada.

“Saya dilahirkan memang bukan anak orang senang. Ketika arwah bapa meninggal dunia, saya baru berusia 15 tahun dan emak pula seorang suri rumah serta tidak pernah bekerja seumur hidupnya.

“Emak juga terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah Toklah yang menjaga kami adik beradik.

“Dari situ, saya sudah tengok kesusahan emak bekerja keras untuk membesarkan kami tetapi emak tidak pernah minta bantuan orang lain pun,” katanya.

Namun, kata Che Ta, kehidupannya sekeluarga mula berubah bila dia bekerja sebagai pramugari pada usia 17 tahun dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan.

“Ketika bekerja sebagai pramugari, saya juga berkahwin dengan juruterbang pada usia 20 tahun tetapi bercerai pada usia 30 tahun.

“Selepas bercerai, saya tiada pekerjaan serta turun naik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila sudah menang kes baru saya dapat duit untuk bayar peguam,” katanya.

Enggan menoleh ke belakang lagi, Che Ta berkata, dia kembali dalam bidang modelling dan menceburi bidang lakonan selepas bercerai untuk menyara dirinya dan anak-anak.

“Kaum wanita juga tidak boleh hidup terlalu bergantung sangat dengan lelaki.

“Saya sendiri, bila bercerai tak dapat harta apapun. Selama 10 tahun, saya hidup menjanda sampailah saya berkahwin dengan Zain,” kata isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

Tambah Che Ta lagi, dia percaya lelaki akan lebih menghormati jika wanita ada pendapatan mereka sendiri.

“Saya juga berlakon pada usia yang agak lewat tapi tidak terlalu lewat untuk kita mulakan sesuatu kerana yang penting ada kemahuan.

“Tapi, sampai bila saya nak berlakon sebab itu sata buat pelbagai bisnes. Kalau anda suri rumah pun masih boleh buat bisnes dan menjana prndapatan, ” katanya.

Che Ta ditemui pada sesi talkshow Kemandirian Wanita bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Ketua Penjenamaan dan Editorial Perkeso, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin selaku moderator dalam program yang berlangsung di pusat beli-belah, My Town Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, majlis pelancaran kempen Fiesta Perkeso Membawa Senyuman disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata, tunggak sesebuah keluarga adalah golongan wanita, ibu dan suri rumah yang tidak bergaji.

Menurutnya, sebelum ini suri rumah juga tidak ada sebarang perlindungan jika berlaku kemalangan sewaktu menjalankan tanggungjawab mereka.

“Sebab itu Perkeso memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) untuk melindungi golongan wanita dan suri rumah bawah 55 tahun jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit dengan pelbagai faedah termasuk kematian.

“Kita adalah negara keempat di dunia yang perkenalkan skim sebegini.

“Dengan caruman yang begitu rendah untuk mereka terlindung jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit serta mendapat pelbagai faedah kematian, pencen bulanan dan dialisis,” katanya.

Sementara itu, acara turut disemarakkan dengan kehadiran lebih 10 artis yang turut menjadi pempamer selama tiga hari program PERKESO Membawa Senyuman. Antaranya Tyzo Xander, Izue Islam, Ako Mustapha, Anne Abdullah, Darling Ngasri, Syanie, Ani Maiyuni, Haleeda, Ayu Damit dan Azza Elite.

“Kita berharap Perkeso dapat menganjurkan lebih banyak program yang melibatkan golongan karyawan seni sebegini kerana melalui program ini, kami mendapat lebih banyak maklumat bagi perlindungan keselamatan memandangkan artis banyak bekerja sendiri. Maklumat sebegini akan kami kongsikan pula dengan peminat di luar sana,” jelas Tyzo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Beraninya! Duyung ‘Pondan’ Viral, Siapa Dia?

Respect lah keluarga Maembong ni, semuanya berjaya dalam cara tersendiri!

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

Padam Foto Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di IG… Hubungan Cinta Ameera Khan & Jefri Nichol Didakwa Berakhir?

Hubungan percintaan model dan pempengaruh jelita, Ameera Khan dan aktor Indonesia, Jefri Nichol didakwa telah terlerai. Dakwaan tersebut mula tercetus selepas ada individu mendakwa pasangan tersebut sudah saling tidak mengikuti di laman media sosial Instagram […]

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Saya Putus Cinta’- Najwa Latif

While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.

Featured Thu, 16 Sep 2021

Ini Senarai 5 Lagu Patriotik Yang Membangkitkan Semangat Hari Malaysia!

Bila dengar balik lagu-lagu ni, goosebump lah min!

Hiburan Tue, 7 May 2019

Kyuhyun Officially Discharged + Performing Solo at Seoul Jazz Festival 2019

He is the last Super Junior member to complete his military enlistment!

error: Content is protected !!