Penyanyi Najwa Latif mengaku berat badannya naik yang menyebabkan dirinya berisi selepas putus cinta.
Kata penyanyi berusia 24 tahun ini, dia bersyukur dikelilingi sistem sokongan kuat daripada keluarga dan rakan-rakan yang cukup baik.
“Mereka banyak mengingatkan Wawa untuk seronok dalam apa yang Wawa buat. Wawa putus cinta time Master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu.
“Saya bersyukur, I have my family, abang Azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started,” tulisnya di Instagram.
Berkongsi kisah lama, Najwa yang lebih mesra dipanggil Wawa memberitahu dia pernah memberitahu ibunya untuk berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat.
“Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “Wawa nak kerja ma. Wawa tak nak sekolah dah. Wawa taknak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today.
“The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “Alhamdulillah. Thank you Wawa. Mama happy.,” kata Wawa yang menangis mengenangkan hal itu.
Dalam masa sama, penyanyi Cinta Muka Buku ini juga melihat pengalaman lepas sebagai ‘guru’ dalam kehidupannya.
“You see, when you feel like banyak benda you dah plan takjadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je.
“Kalau semua orang rasa korang tak cukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough. While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.
“Tapi guess what? Berkat doa semua orang, Wawa habis master, grad this year In shaa Allah. So, takda boyfriend takpa, tapi Wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni,”ucapnya syukur.
Najwa baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Pendidikan dengan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).
Tak apalah, patah tumbuh hilang berganti kan Wa? Ada jodoh lebih baik menanti di depan…
Cahaya mata adalah nafas bagi kedua ibu bapa, begitulah juga untuk pelakon cantik Mawar Rashid yang kini sedang hamil anak ketiga. View this post on Instagram A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) […]
Pengguna alam maya seharusnya bijak dan tidak menjadikan media sosial sebagai laman untuk mengutuk anak-anak artis.Setiap anak mempunyai perbezaan tumbesaran tersendiri
Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor. Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. […]
Langkah ini sekaligus membolehkan tonton menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya
This Is Pilah yang diterbitkan Madness Films juga dibintangi oleh Juzzthin, Iesna Mohd Raus, Kazar, Joey Daud beserta penampilan khas Waris, Ito Blues Gang, Ustaz Syamsul Debat dan bekas ahli parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hassan Malek.