Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 4, 2023 @ 5:34pm

Dipanggil Janda Menggeletis, Didakwa Menggatal Dengan Suami Orang Sebab Duit… Shakilla Khoriri Minta Tunjuk Bukti

Pelakon Shakilla Khoriri, 34, mengakui bahawa ada individu yang cuba mendekati dirinya selepas berpisah dengan suaminya, FIzi Ali.

Namun begitu, Shakilla menafikan bahawa dia kini sedang mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana individu.

“Tipulah kalau saya cakap tidak ada orang yang datang untuk mengisi kekosongan… Ada tetapi kadang-kadang kita tak tahu jodoh Allah.

“Di sisi saya tidak ada siapa-siapa yang spesial, saya tidak mengenali siapa-siapa… tunang orang ke suami orang ke, boyfriend orang ke tidak ada sebab saya tahu ramai orang cakap saya berkawan dengan suami orang,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan mStar, Shakilla tampil menjelaskan dakwaan yang menyatakan dirinya menempel dan menggatal dengan suami orang disebabkan duit dan mahu hidup senang.

“Sebenarnya, saya nak clearkan benda ini tidak ada ya. Berkawan, bekerja dengan ramai orang so tak boleh nak hukum saya. Ini saya nak marah tapi tak terluah di media sosial sebab isu ni sensitif tak boleh jatuh hukum terus dekat orang.

“Biasa lah janda menggeletis cari suami orang. Saya tak memerlukan orang lain sebab saya rasa saya dah go through banyak benda. Kalau saya nak cari pun, saya akan cari lebih pada bekas suami saya bukan saya nak menempah masalah dengan isu-isu yang berkaitan suami orang, hak orang apa semua… memang sangat sensitif,” jelasnya lagi kepada mStar.

Oleh itu, Shakilla meminta individu yang menuduhnya berbuat sedemikian untuk tampil dengan bukti.

“Kalau betul saya nak menempel dengan orang disebabkan duit nak hidup senang, saya rasa orang yang cakap macam tu sila tampilkan dengan bukti. Zaman sekarang kalau awak nak bercakap pasal seseorang awak kena tampil dengan bukti, kalau tak ada bukti awak better tutup mulut, jaga family, jaga diri, jaga hati masing-masing,” ujar Shakilla.

Untuk rekod, Shakilla berkahwin dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan tunggal, Nurul Ameena Sofia.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Mar 2026
Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Kolaborasi Paling Gempak Hujung Tahun Ini, Nidji & Bunkface Bersatu Di Pentas Nusa Fest!

Nusa Fest Presents: Nidji x Bunkface akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025.

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Trending Tue, 8 May 2018

Patah Tumbuh Hilang Berganti, Brooklyn Kini Berpacaran Dengan Wanita Berusia

Patah tumbuh hilang berganti. Tidak berapa lama kembali dengan status single selepas  berpisah dengan aktres Chloe Moretz, ruang hati Brooklyn Beckham kembali terisi.

Featured Thu, 19 Oct 2023
Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

《金环奖》入围名单出炉 陈泽耀「有望」再封影帝

第二届《马来西亚国际电影节暨金环奖》入围名单出炉啦!共有12部竞赛电影入围,而本地电影《分贝人生》、伊朗电影《封锁》和台湾电影《大佛普拉斯》共获6项提名,成为入围大赢家!

error: Content is protected !!