Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 8, 2025 @ 8:09pm

Kolaborasi Paling Gempak Hujung Tahun Ini, Nidji & Bunkface Bersatu Di Pentas Nusa Fest!

Dua kugiran ternama dari dua negara, Nidji dan Bunkface, bakal bersatu di satu pentas untuk menjayakan Nusa Fest Presents: Nidji x Bunkface yang akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025.

Konsert ini menyatukan dua tenaga besar muzik Nusantara yang masing-masing terkenal dengan lagu-lagu penuh semangat dan aura bertenaga seperti Sumpah dan Cinta Matiku serta Malam Ini Kita Punya.

Gabungan dua kumpulan berpengaruh ini dijangka mencipta momen istimewa buat peminat dari Malaysia dan Indonesia yang sudah lama menantikan kolaborasi sebegini.

Menurut Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, kolaborasi ini dilihat sebagai simbol kesatuan muzik serantau yang merentasi sempadan budaya.

“Nidji dan Bunkface masing-masing punya tenaga luar biasa dan peminat yang setia. Kami mahu membawa pengalaman muzik yang benar-benar menggabungkan dua dunia dalam satu pentas. Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu perayaan muzik dan persahabatan antara dua negara,” katanya.

Vokalis Bunkface, Sam, menyifatkan projek ini sebagai peluang untuk memperkukuh hubungan antara pemuzik Malaysia dan Indonesia.

“Nusa Fest bukan sekadar konsert. Ia adalah detik untuk kami menyampaikan penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan muzik kami. Persembahan kali ini akan jadi salah satu kenangan paling berharga buat Bunkface,” ujar Sam.

Sementara itu, vokalis Nidji, Ubay, menzahirkan rasa teruja dapat berkongsi pentas sepenuhnya dengan Bunkface.

“Kami pernah berada dalam festival yang sama, tetapi kali ini benar-benar sepanggung. Ini satu penghormatan besar untuk kami, dan kami janji akan berikan persembahan terbaik di Kuala Lumpur,” katanya.

Tiket untuk Nusa Fest Presents: Nidji x Bunkface mula dijual pada 2 Oktober 2025 jam 10 pagi menerusi www.ticket2u.com.my.

Harga tiket ditawarkan pada RM168 (Platinum – Seated), RM198 (Diamond – Seated) dan RM228 (Rockzone – Standing).

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada malam penuh tenaga dan persahabatan muzik dalam Nusa Fest Presents: Nidji x Bunkface, di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Penyanyi ‘Menahan Rindu” ditahan pula

Wany  dikejarkan ke hospital setelah suhu badannya naik tinggi sehari selepas pulang daripada membuat persembahan  di Pasir Gudang, Johor.

Hiburan Wed, 4 Dec 2024
Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] Adegan Mesra Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Buat Netizen Risau

Sweetnya! Berlakon saja tapi ada yang risau Bella jeles nanti

Featured Fri, 19 Jul 2024

Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”

Ramai juga tanya pasal tatu ek. Sama ada pelekat atau kekal biarlah rahsia 👀😱

Trending Thu, 4 Apr 2019

为什么女人比男人长寿?10张照片完整解答

科学家告诉我们:女人比男人长寿的原因相当多,其中就因为男生大脑的额叶发展比女生来得缓……

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Jasmine Project Love Musim Kedua Tamat Dengan Penuh Emosi, RM200,000 Berjaya Dikumpul!

Jasmine Project Love musim kedua di 8TV melabuhkan tirainya dengan sebuah majlis penghargaan yang cukup bermakna.

error: Content is protected !!