Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 13, 2022 @ 5:37pm

Mimi Lana Sedia Bergelar Isteri – “Kalau Dah Tertulis Jodoh, Esok Pun Saya Boleh Kahwin”

Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana tidak menolak untuk bergelar seorang isteri dalam masa terdekat sekiranya benar itu adalah perancangan Allah untuk dirinya.

Namun, buat masa ini beliau tidak mahu komen dengan lebih lanjut memandangkan soal jodoh ini adalah kerja Tuhan.

“Perancangan kahwin tak berani la nak cakap benda itu sebab kita ni hanya mampu merancang sahaja… benda tak jadi lagi kan, InsyaAllah kalau dah sampai masa kita akan beritahu semua orang.

“Soal jodoh ini kerja Tuhan, kalau saya letak sasaran waktu tapi jodoh tu tak sampai pun tak boleh juga. Kalau dah tertulis jodoh, esok pun saya boleh kahwin,” katanya.

“Tidak akan sorok soal perkahwinan”

Bagaimanapun, sekiranya benar jodoh itu datang dalam masa yang terdekat Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, tidak akan berahsia mengenai hubungannya itu.

“Saya tak rasa akan sorokkan benda itu (perkahwinan), kalau betul-betul dah nak jadi kami akan beritahu semua orang.

“Saya ikut sahaja apa yang akan berlaku, apabila tiba masanya, kami akan beritahu kepada semua, tengoklah macam mana keadaan itu nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Mimi Lana dan pelakon popular drama rantaian Nur, Syafiq Kyle, 29, kembali menjalin hubungan cinta selepas dilaporkan putus pada Mei 2020.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Oct 2025

“Amira Othman Isteri Syurga, Sentiasa Minta Izin & Tanya Pendapat Saya” – Fattah Amin

Amira Othman selalu minta izin, Fattah Amin sifatkan isteri syurga

Featured Wed, 21 Sep 2022

Aishah Menang Kes Tuntutan Hadiah, Rasa Terkilan Dapat Tahu Penaja Muflis – “Boleh Dipenjarakan Sebab…”

Alamak kenapa tak bagitahu awal-awal? Tahniah Datuk Aishah atas kemenangan kes hadiah tu

Featured Mon, 17 Feb 2025

AJL39: Saingan Sengit! Juri Komen Jurang Markah Marsha Adalah Sebanyak 15 Peratus Jauh Meninggalkan Nadeera 

“Penilaian lagu bukan berdasarkan populariti mahupun penyanyi, namun dilihat pada kualiti”- Edry

Hiburan Wed, 8 May 2019

Anak Belum Usia Setahun, Adira Mengaku Terkejut Hamil Lagi

Anak belum sampai setahun, Adira mengaku terkejut hamil lagi.

Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Hiburan Thu, 23 Jan 2025
Hiburan Tue, 23 Aug 2022

Didakwa Gelak Kuat Kerana Suka Perhatian, Janna Nick Berlawan Dengan Penyakit

Semoga Janna terus kuat menghadapi ujian hidup ini.

Featured Fri, 26 Aug 2022
error: Content is protected !!