Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 17, 2025 @ 6:33pm

AJL39: Saingan Sengit! Juri Komen Jurang Markah Marsha Adalah Sebanyak 15 Peratus Jauh Meninggalkan Nadeera 

Seakan menepati ramalan kebanyakan rakan artis dan peminat, Anugerah Juara Lagu ke-39 telahpun melabuhkan tirainya dengan cemerlang.

Menurut ketua juri, Edry Abdul Halim, saingan antara finalis untuk edisi kali ini sangat sengit apatah lagi  kesemuanya memiliki jurang markah yang agak hampir melainkan tempat pertama dan kedua.

Tambahnya, edisi kali ini juga sangat memberikan aura positif antara finalis dan ini perlu diambil serius untuk AJL akan datang.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai jurang markah antara Marsha (Hening Rindu) dan Nadeera (Bukan Lagi Kita), Edry menjelaskan, Marsha mempunyai kelebihan terutamanya dari sudut pengalaman dan teknikal.

“Marsha punya lagu kelebihan dia adalah dari sudut teknikal. Banyak elemen-elemen muzikal yang membantu lagu itu mendapat markah lebih.

“Dari segi progression, dari segi arrangement dan sebagainya… dan saya rasa itu memberi kelebihan pada dia.

“Gabungan komposer, penulis lirik dan juga penyanyi.. tiga itu harus lengkap. Mungkin itu kelebihan yang ada pada Hening Rindu.

“Penilaian lagu bukan berdasarkan populariti mahupun penyanyi, namun dilihat pada kualiti dan Hening Rindu memang layak bergelar juara.

“Markah juga boleh dikatakan agak jauh iaitu 15 peratus beza dengan Nadeera,” ulas Edry.

Manakala, untuk anugerah Vokal Terbaik pula, Ernie Zakri selayaknya merangkul gelaran itu memandangkan dia mempunyai kelebihan markah terutamanya pada bahagian teknikal.

“Dia banyak markah di bahagian teknikal.

“Walaupun lagu tersebut tidak mencabar vokal, namun dia tahu nak buat macam mana untuk menyelitkan teknikal part dalam nyanyian dan kawalan vokalnya sangat bagus,” katanya.

Edry berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugera Juara Lagu Ke-39 pada Ahad.

Dalam pada itu, dari segi pemarkahan pemenang pula, Edry menjelaskan bahawa jurang markah antara finalis lain adalah sangat hampir.

“Secara jujurnya dalam 10 tadi semuanya agak hampir. Semua agak random. Bila kita melihat tadi jurang dia untuk lagu terbaik tempat ketiga, empat dan lima adalah satu point je.

“Tempat pertama dan kedua agak jauh tapi untuk tempat ketiga, empat dan lima beza dia cuma satu point.

“Tapi the mass dont lie. Apa yang anda lihat itu adalah keputusannya.

“Dari segi penyampaian vokal dia sangat subjektif pasal kita kena ambil keseluruhan markah.

“Persembahan terbaik tiga diantaranya adalah, Ernie, Marsha, Aina Abdul dan Nadeera.

“Tapi, band pun sebenarnya mendapat perhatian kami terutamnya team Risiko.

“Keseluruhannya, saya gembira dan rasa ini satu pertandingan yang competitiveness. Setiap lagu tu kita rasa kita tak boleh agak. Dan variasi juga ada. Saya suka tengok persembahan terakhir tadi iaitu Risiko,” jelasnya.

Untuk info, keputusan penilaian 10 buah lagu finalis AJL 39 kali ini dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Edry Abdul Halim.

Penjurian turut dibantu barisan juri profesional yang terdiri daripada Fauziah Latif, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Hattan, Dato Ahmad Izham Omar, Ad Samad, LY, Edrie Hashim, Siti Hajar, dan Edry Abdul Halim sebagai ketua juri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

BENDA TU FAKE! NOH HUJAN

Noh Hujan ketika di temui di majlis World Mental Health Day di Royal Chulan The Curve memberi komen mengenai isu penyakit mental terutama di kalangan media sosial. “Saya rasa semua orang ada penyakit mental cuma mereka tak sedar dan salah satu penyebabnya adalah media sosial. Sosial yg bukan physically.

Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Mon, 11 Aug 2025

“Saya Dah Buat Apa Yang Patut, Kuasa Talak Bukan Pada Saya” – Nora Ariffin

Nora menjelaskan, suaminya itu masih mahu mempertahakan rumah tangga mereka.

Featured Wed, 7 Feb 2024
Trending Mon, 11 Feb 2019
Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Faye Kusairi Balas Sindiran Elly, You’ve Crossed The Line!

Mohon sedar diri tu dah meningkat umurnya, punya anak dah pun. Matangkanlah diri tu. Bahasa melambang bangsa. Awak tu orang kenal, sedarlah sikit.

error: Content is protected !!