Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 20, 2022 @ 5:15pm

Netizen Persoal Mengapa Awal Ashaari Digari & Siti Bainun Tidak, Peguam Hafidzah Hassan Tampil Jelaskan

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai pengacara terkenal, Awal Ashaari yang telah didakwa ‘khianat’ merosakkan palang pagar perumahan.

Susulan itu, sebuah video yang memaparkan Awal digari ketika berada di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa lalu meraih perhatian netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap bekas pengacara Melodi itu yang dilayan seperti ‘penjenayah’.

Mereka turut mempertikaikan mengapa Awal digari, sedangkan kes penderaan melibatkan suspek utama pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mendera remaja sindrom down, Bella tidak digari.

Tampil menjelaskan tentang persoalan itu, peguam mewakili Bainun iaitu Nurul Hafidzah Hassan memberitahu tatacara pengurusan Orang Kena Tuduh (OKT) adalah bergantung kepada pihak berkuasa polis.

Jelasnya, hanya polis selaku penjawat awam yang mempunyai pertimbangan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan suspek.

“Gari atau tidak bergantung kepada keputusan pihak polis sendiri macam mana mereka nak handle.

“Ada juga keadaan mereka tak digari pun, tapi sementara menunggu wang jaminan di selesaikan mereka perlu digari.

“Ia bergantung kepada bidang kuasa polis ketika itu dan bukan disebabkan kesalahan itu ringan atau berat. Ia sama sahaja.

”Biasanya kalau di mahkamah peguam tidak akan menunggu tugas penjawat awam ni sebab akan menyukarkan tugas mereka.

”Kalau mereka nak letakkan OKT atau suspek di suatu tempat dan nak gari, kami peguam tak akan ganggu. Kalau tak gari, maka tak garilah,” katanya.

Sementara itu, mengulas persoalan netizen yang membandingkan kes Awal dengan Siti Bainun, Hafidzah berkata kedua-duanya berada di bawah akta yang berlainan.

“Asalnya kes Siti Bainun tiada reman maksudnya dia diberikan kerjasama di Balai. Dia sebenarnya ditangkap dan reman diteruskan sebab tu tak ada keperluan digari.

“Dia pun dah bayar jamin bukan sebab kesalahan tu berat atau tidak.

“Siti Bainun dan Awal di bawah akta yang berlainan, kesemua dalam mana-mana dakwaan ia tertakluk ada prosedur tertentu,” jelasnya.

Sumber: mStar

Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Didakwa Melakukan Khianat Merosakkan Harta Benda

Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu ‘Khianat’ – “Terlupa Bayar Yuran Selenggara, Mengaku Alihkan Palang ‘Gate’ Dengan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 14 Mar 2019

Malaya Relived: The Fall of Singapore, the Start of Shafeeq Shajahan’s Historical Series

The young and talented are taking us on a trip down memory lane!

Featured Mon, 18 Apr 2022
Featured Wed, 24 Jan 2024
Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

“Sila Ukur Baju Di Badan Sendiri” – Asfan Shah

Asfan Shah tidak menyalahkan mana-mana individu jika mereka memilih untuk menggayakannya.

Featured Tue, 30 Aug 2022
error: Content is protected !!