Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 24, 2024 @ 6:35pm

Nas Ahmad Kongsi Perkembangan Terkini, Darah Terlalu Cair & Cepat Penat Punca Terpaksa Lupakan Hasrat Berkerja

Bekas wartawan hiburan popular, Nas Ahmad sebak apabila mengenangkan kariernya sebagai seorang wartawan dan penyakit yang dialaminya kini.

Katanya menerusi perkongsian video tular di TikTok, Nas Ahmad atau nama penuhnya, Md Nasir Ahmad, 62, berkata, sudah dua tahun dia tidak bergiat aktif dalam industri kewartawanan memandangkan dia kini cepat berasa penat akibat penyakit jantung.

“Sedar tak sedar dah masuk dua tahun rupanya tak aktif, terpaksa tak aktif. Kalau nak ikutkan saya nak teruskan sebab i love my job, saya suka kerja saya, buat editing, hosting, shooting dan sebagainya.

“Tapi saya terpaksa tinggalkan sebab saya cepat berasa penat, dulu interview sana sini tapi sekarang tak ada. Ni jalan 3 meter pun dah penat dan lambat,” katanya.

Dalam pada itu, Nas Ahmad memaklumkan, dia sepatutnya sudah melakukan rawatan Angiogram pada awal Januari lalu, namun terpaksa ditangguhkan akibat keputusan ujian darah yang terlalu cair.

“Sepatutnya saya buat rawatan Angiogram Januari lalu tapi terpaksa ditangguhkan kerana ujian darah saya terlalu cair dan tidak sesuai untuk jalani rawatan.

“Bagi pesakit jantung seperti saya yang perlu menjalani rawatan Angiogram, harus dipastikan lebih dulu keputusan ujian darah diambil sama ada pekat atau cair. Keputusan ujian darah memang kena betul-betul sesuai dan stabil,” jelasnya.

@majalahwanita Kalau ada tawaran kerja, Nas Ahmad akan terima. Dulu selepas tamat TV3, buat produksi sendiri namun tak dapat bertahan sebab pandemik #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #nasahmadterjah ♬ original sound – Majalah Wanita

 

Terdahulu, wartawan yang terkenal dengan tagline ‘terjah’ ini didiagnos menghidap penyakit jantung sejak dua tahun lalu dan hanya bergantung kepada pendapatan anak-anaknya, selain menerima bantuan zakat Selangor berjumlah RM800 untuk bayaran rumahnya.

Bukan itu sahaja, dia juga reda apabila kini berstatus asnaf dalam kategori ‘miskin bandar’ selepas tidak bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Ahmad ‘Terjah’ Perlu Jalani Rawatan Jantung Segera 

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Ahmad Reda Kini Berstatus Asnaf, Mohon Doa Urusan Pembedahan Jantung Dipermudahkan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Rambut Ala Tempurung, Aedy Ashraf Kembali Menjadi Sebutan

Alamak, rare juga style macam ni kan?

Featured Sun, 20 May 2018

Enggan Ketinggalan Dalam Bergaya? Ikuti Lima Trend Popular Fesyen Lebaran 2018 Ini

Rekaan klasik kebaya pendek dan baju kurung pesak gantung, kembali mencuri tumpuan pereka fesyen terkenal.

Featured Sat, 28 Sep 2019

Apakah tanda-tanda jika kolestrol tinggi dalam badan?

Ambil tahu sebelum ia menjadi lebuh parah!

Events Mon, 19 Feb 2024

“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Semoga Allah menjaga dan memelihara saudara kita di sana😥💔

Trending Tue, 30 Jul 2019

17 Maut, Pesawat Tentera Pakistan Terhempas

Pesawat Dilaporkan Terhempas Di Kawasan Perumahan

Featured Thu, 1 Nov 2018

Exam Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan Bermula Tahun 2019

Pemansuhan peperiksaan tersebut akan digantikan dengan pentaksiran.

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Tarik 12 Juta Penonton, Pujaan Hati Kanda Cipta Sejarah Tersendiri!

Siapa yang dah rindu baby Iqy, Mama Tiara & Papa Danny dekat sini?

Hiburan Tue, 27 Aug 2024
error: Content is protected !!