Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 28, 2025 @ 10:48am

“Orang Dah Kerja, Kita Kena Bayar” – Ayu Puteh Sokong Tindakan Sekat Tayangan Filem Gagal Lunas Gaji Kru Produksi

Penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan menyekat tayangan dua buah filem yang gagal membayar gaji kru produksi.

Bagi Ayu yang merupakan pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records, situasi terbabit bakal menjadi pengajaran kepada penggiat seni lain.

“Saya menyokong 100 peratus, orang dah kerja, kita kena bayar. Apabila filem disekat dan tidak ditayangkan kerana gagal bayar gaji, saya rasakan ia jalan yang baik untuk memberi pengajaran.

“Jika nak tayangkan filem di pawagam, bayar gaji pekerja terlebih dahulu. Bila tak bayar gaji artis atau kru produksi, saya setuju dengan tindakan kerajaan untuk menghalang tayangan filem yang terlibat,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan tayangan dua filem yang menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) telah disekat susulan kegagalan pihak penerbitan membayar gaji kru produksi.

Tanpa menamakan filem terbabit, Fahmi memberi peringatan tegas kepada pihak berkenaan agar segera melunaskan bayaran sebelum filem mereka dibenarkan untuk tayangan.

Dalam pada itu, Ayu mendedahkan dia tidak pernah culas membayar gaji pekerja dan artis yang terlibat menjayakan filem terbitan syarikat produksi miliknya.

Namun begitu, penerbit ini mengaku situasi berbeza berlaku ketika dia menerbitkan drama.

“Seperti Pencil Pictures & Records sendiri, bagi penerbitan filem-filem kami sebelum ini, syarikat memang lunaskan bayaran kepada artis dan kru belakang tabir yang terlibat, semua kita bayar.

“Bagi penerbitan drama pula, semua kita bayar. Ada masanya situasi terlewat bayar itu berlaku, tetapi kita tak pernah berhutang dengan mereka.

“Jika tidak bayar, kemungkinan mereka sengaja melanggar kontrak dan ada juga situasi yang mereka menunjukkan kita berada di pihak yang salah, bukan mereka.

“Tetapi sebagai majikan, kami memang menyimpan bukti kesalahan yang dilakukan dan ia hanya memalukan mereka jika ia dikemukakan.

“Jadi untuk situasi sebegitu, kita lambatkan gaji mereka atau tidak bagi terus, itu pun hanya baki bayaran 10 atau 20 peratus sahaja. Bayaran besar semua kita sudah lunaskan terlebih dahulu.

“Situasi tidak bayar gaji dengan sengaja tanpa sebarang alasan adalah tidak seharusnya berlaku. Bagi saya, kita sendiri pernah bermula dari bawah, pernah bekerja belakang tabir. Semua pun penat dan jika tidak dibayar gaji, memang tidak adil,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Dalam perkembangan lain, drama bersiri terbitan Ayu, Bukan Sekadar Lafaz 2 kini sedang ditayangkan di slot Akasia.

Jangan lupa saksikan lakonan Alif Satar dan Wanna Ali dalam Bukan Sekadar Lafaz 2, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Dato’ Rosyam Nor Buat Netizen Sakit Jantung!

Baru-baru ini Dato’ Rosyam Nor telah berkongsi satu video di mana seorang wanita telah mengalami ‘gangguan’ semasa tidur.  Para netizen yang menyukai perkara-perkara mistik sudah tentunya ingin tahu tentang apa kesudahan video tersebut. “Kesian Gadis […]

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Razak A’ai Bergabung Dengan Khaleesi & Mortal Rhyme, Bawa Identiti Tradisional dalam Lagu Raya ‘Ala Joget Raya’

Razak A’ai memainkan peranan utama dalam penghasilan lagu raya terbaru terbitan Todak Fusion berjudul ‘Ala Joget Raya’.

Featured Tue, 20 May 2025

“Harap Istiqamah! Tapi Nafkah Anak Tak Settle Lagi?” – Linda Hashim Tampil Respons ‘Hijrah’ Beego Sertai Tabligh

Linda berharap suaminya itu istiqamah sekaligus tidak lupa nafkah akan anak-anaknya.

Featured Mon, 18 Nov 2024
Hiburan Wed, 27 Mar 2024

“You Dah Sondol, Sekarang You Di Sondol” – Rita Rudaini Anggap Bekas Isteri Kedua Safee Sali Terima Kifarah Allah, Dakwa Tahu Kisah Sebenar

‘You tak peduli pun perasaan bekas isteri dan anak-anak dia dulu’ – Rita Rudaini.. Alamak! 👀

Hiburan Thu, 11 May 2023
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
error: Content is protected !!