Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 25, 2025 @ 4:47am

Razak A’ai Bergabung Dengan Khaleesi & Mortal Rhyme, Bawa Identiti Tradisional dalam Lagu Raya ‘Ala Joget Raya’

Penyanyi dan komposer Razak A’ai memainkan peranan utama dalam penghasilan lagu raya terbaru terbitan Todak Fusion berjudul ‘Ala Joget Raya’.

Menggabungkan elemen muzik tradisional Melayu dengan irama moden, lagu nyanyian Razak bersama Khaleesi dan Mortal Rhyme bukan sekadar hiburan tetapi satu usaha untuk memelihara dan mengangkat semula warisan muzik tempatan.

Menurut penerbit Todak Fusion, Ikmal Fareeq, industri muzik tempatan kini semakin kehilangan sentuhan seni muzik tradisional dan mereka merasakan keperluan untuk mengembalikan lagu-lagu berunsurkan etnik agar tidak dilupakan oleh generasi muda.

“Kami sudah lama ingin menghasilkan sebuah lagu raya yang menampilkan elemen budaya tradisional. Saya berbincang dengan Razak kerana dia ada kemahiran dalam muzik etnik.

“Kami ingin membawa kembali keaslian lagu raya yang semakin pudar dengan elemen moden. Kami gabungkan ia tetapi masih mengekalkan identiti asal,” kata Ikmal.

‘Ala Joget Raya’ bukan sekadar lagu raya biasa, malah ia menggabungkan pelbagai alat muzik tradisional seperti akordion, rebana dan biola, serta menampilkan seni tarian klasik Melayu.

Merupakan sebuah inisiatif untuk memperkenalkan semula muzik warisan kepada khalayak yang lebih luas, Ikmal mendedahkan Razak memainkan peranan penting dalam penciptaan lagu ini.

“Razak sangat membantu dalam membentuk melodi dan lirik lagu ini supaya ia menghidupkan kembali ingatan terhadap budaya kita. Kami mahu memastikan muzik tradisional terus dihargai,” jelasnya.

Lagu ini turut membawa konsep keseronokan berjoget dalam muzik kontemporari, seperti yang dipaparkan dalam muzik videonya yang penuh warna-warni dan meriah.

Todak Fusion berhasrat untuk menyatukan pelbagai bakat kreatif iaitu artis, pemuzik dan penari dalam semangat Hari Raya yang penuh kegembiraan.

‘Ala Joget Raya’ menampilkan Razak A’ai, Khaleesi dan Mortal Rhyme sebagai penyanyi utama. Elemen muziknya diperkayakan dengan permainan akordion oleh Zulkarnain (Ghajmas) dan biola oleh Balqis Zairul Nizam (ODT). Ikmal Fareeq sendiri turut memainkan rebana dalam lagu ini.

Muzik video lagu ini menampilkan persembahan tarian oleh Afieq Imran, Aliff Haidar, Laura Amanda, Hawa Nur Aurelia, Mawar Sofia, serta beberapa penari lain yang menambahkan elemen tradisional dan kemeriahan suasana Hari Raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 16 Dec 2019

周金亮阿牛阔别多年再合作!鼠年春节嘉年华118引爆

配合2020年马中文化旅游年,两国将于1月18日,在吉隆坡独立广场联手主办《2020马来西亚欢乐春节嘉年华》迎接鼠年的到来。

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan baru-baru ini. Menariknya, […]

Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

“Suami penyokong kuat saya” – Diana Danielle

Siapa sangka Diana Danielle sudah menjadi seorang pelumba kereta sekarang. Ikuti program Toyota Gazoo Racing musim kedua untuk melihat perkembangan si cantik manis ini….

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

RM100K Milik Mark Adam?

Mark Adam berjaya dinobatkan sebagai Juara BBB 2018 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100K

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Sesuai Untuk Pengguna Islam…Raihan Perkenal Haruman Bebas Alkohol

Terbaiklah Raihan, korang kena support okay!

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Exists sememangnya salah satu kumpulan muzik terhebat Malaysia!

Featured Tue, 23 Aug 2022
error: Content is protected !!