Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 29, 2020 @ 1:32pm

Menghampiri Usia 50 Tahun, Che Ta Masih Dapat Tawaran Jadi Heroin

Menghampiri usia 50 tahun tidak pernah menjadi penghalang buat Rozita Che Wan membuktikan dia masih relevan sebagai heroin.

Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.

Bagaimanapun, pelakon dan ahli perniagaan yang mesra disapa dengqn nama Che Ta itu sentiasa berpijak di bumi nyata dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.

Selepas kembali aktif sejak memperlahankan rentak lakonan kerana memberi tumpuan bisnes, dia diberi watak pembantu termasuk menjadi ibu atau kakak.

“Kalau penyanyi sendiri mempertaruhkan kepada lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan.

“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak.

“Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya.

“Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.

“Beberapa bulan lalu, saya diberi peranan utama dalam drama Family Spy bergandingan dengan Alif Satar.

“Baru baru ini, saya membintangi telefilem Kuba Guling Karipap Pusing terbitan Pena Creative sebagai heroin di sisi Azlee Khairi.

“Ketika ini pula, saya sedang menjalani penggambaran memegang watak utama menerusi drama 13 episod, Dia Isteriku arahan Ayie Mustafa.

“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit.

“Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimiliki. Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberi  watak penting,” katanya.

Sejak beberapa bulan lalu, rezeki Che Ta terus murah kerana sibuk dengan komitmen kerja.

“Selain drama saya juga terbabit sebagai hos seperti program Ujian Menantu menampilkan anak sulung, Ammar Effendy mencari bakal isteri.

“Saya juga menjadi panel program fesyen Glamketengglam dihoskan Zizan Razak. Untuk drama Dia Isteriku nanti, selepas berpisah dengan bekas suami lakonan Datuk Fizz Fairuz, watak saya sebagai Aisyah dalam cerita itu berkahwin dengan lelaki muda lakonan Hafidz Roshdi.

“Shalma Eliana jadi anak saya. Dalam tempoh sama, saya sibuk membahagi masa dengan urusan bisnes dan keluarga,” katanya.

Tanggal 11 Disember lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana ini  menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin. 

“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Aug 2021

Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diperluas bermula pertengahan September nanti melibatkan golongan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun. Berita itu dimaklumkan beliau menerusi laman rasmi Twitter setelah […]

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Ernie Zakri Guna Pengaruh Sebagai Selebriti Promosikan Tahun Melawat Malaysia

Ernie Zakri percaya penglibatan dan sokongan golongan artis dalam menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 adalah peluang besar bagi mempromosikan keunikan negara.

Featured Tue, 11 Nov 2025

‘Rangga & Cinta’ Sentuh Hati Penonton, Tracie Sinidol, Jazmy Juma Terpesona ‘Chemistry’ Leya Princy & El Putra Sarira

“Ia menunjukkan persahabatan yang tulus, sentiasa ada untuk menyokong apa yang terbaik untuk Cinta” – Tracie

Featured Tue, 9 Sep 2025

DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

Sebagai ibu tunggal, Faz seorang yang hebat dan kuat.

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Zizi Kirana Kongsi Momen Bersama Ibu Bapa Yusuf Bahrin – “Abah & Mak Tetap Menjadi Orang Tua Saya Sampai Bila-Bila”

Zizi Kirana berkongsi sekeping foto bersama ibu bapa mentuanya dan keluarga di aplikasi Threads, semalam.

Featured Wed, 20 Nov 2024

“Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga” – Emma Maembong Masih Baik Dengan Bekas Suami

“Tiada orang ketiga, semuanya tiada. Kami berpisah secara baik,” – Emma Maembong

Trending Thu, 5 Dec 2019

After Reading This, You Might Want To Consider Cleaning Your Brushes!

Just because they don’t look dirty, it doesn’t mean they are clean either!

Featured Fri, 15 Jul 2022

“Saya Sokong 100%, Puteri Sarah Berhak Bersuara!” – ‘Kaki Sondol’ Suami Orang, Ini Pesanan Nad Zainal

Pelakon versatil, Nad Zainal memberikan pandangan peribadi terhadap rakan selebriti yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana. Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dia mengakui akan […]

error: Content is protected !!