Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 29, 2019 @ 12:40pm

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Sejujurnya, sebelum keluar rumah dan melihat hujan lebat, hati tertanya-tanya bagaimana agaknya Konsert Exists Reunion malam ini, ramai tak orang yang datang?. Itu antara persoalan sepanjang perjalanan menuju ke lokasi.

Sebaik tiba sahaja di Stadium Malawati, Shah Alam alangkah terkejutnya saya melihat ribuan penonton sedang beratur menunggu masa untuk masuk ke dalam.

Dianggarkan hampir 4,000 penonton memenuhi stadium, malam tadi. Memang penuh! Lebih menarik, ibarat masuk ke pusat karaoke, kami menyanyi beramai-ramai dari lagu pertama hingga ke akhir konsert. 

Dengan bantuan paparan lirik pada skrin LED di atas dan bawah pentas menjadikan konsert semalam tidak sunyi langsung.

Persembahan Exists menggamit kenangan peminat-peminat apabila mereka memilih untuk memainkan lagu penuh bagi setiap 24 lagu yang didendangkan dan bukan konsep medley yang kadang-kadang ‘membantutkan’ emosi peminat.

Membuka persembahan dengan lagu ‘Anugerah’, bekas vokalis utama Exists, Mamat langsung tidak menghampakan dan dia telah menunjukkan kepada semua bahawa kehadirannya dalam dunia seni tidak patut dipandang remeh walaupun sering terpalit kontroversi.

Setiap lagu yang dibawa, dinyanyikan dengan penuh bertenaga, dan membuatkan peminat yang mengikuti kumpulan ini dari awal pertubuhannya pada tahun 1991 terhibur dan kembali pada usia remaja.

Antara lagu lain yang dibawa Mamat adalah lagu hit mereka Untukmu Ibu, Sebelum Terlewat, Nota Di Lautan Sepi, Janji Padamu sebelum Ezad pula membuat persembahan dan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Percayakan Siti, Kapal Terbang Kertas, Seperti Dulu, Julia, dan banyak lagi.

Sepanjang konsert itu peminat juga disajikan dengan visual pendek temubual semua ahli kumpulan Exists iaitu Ajai (keyboard), Along (gitar), Musa (bass), Shah (gitar), Ujang (dram), dan kedua-dua vokalis, Mamat dan Ezad.

Peminat-peminat dihiburkan dengan info-info ‘istimewa’ ahli kumpulan seperti Shah yang suka swafoto dan ada bakat menjadi jurusolek, kisah Ajai yang dikatakan ‘penakut’ oleh ahli kumpulannya dan Along yang suka bermain dengan suis!

Sebagai bonus, mereka juga mempersembahkan lagu baru mereka, Tak Berakhir yang dicipta oleh Ajai, G-nola (Along Exists), dan Musrad dan dinyanyikan oleh kedua-dua vokalis, Mamat dan Ezad sambil klip video bagi lagu tersebut dipaparkan di skrin besar.

Tidak ada sedetik pun yang membosankan tentang Konsert Exists Reunion ini dan sudah tentu para peminat mula merasai sedih apabila ia tiba di penghujungnya ketika Mamat dan Ezad berduet untuk menyanyikan empat lagu terakhir iaitu Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu. 

Konsert yang dianjurkan oleh Shiraz Projects ini akan menemui peminat Singapura minggu depan, 5 Oktober dan awal-awal lagi tiket bagi konsert Singapura telah habis dijual! 

Untuk Exists, terima kasih atas persembahan malam tadi. Insha Allah kalau ada lagi, pasti kami datang lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Baru Lepas Keguguran, Zulin Aziz Berang Kerap Diaju Soal Anak – “Rasa Macam Nak Tampar!”

Alahai, soalan pun 🥺🥺 Soal mengandung ni sangat sensitif gais.. Itu kan rezeki 🥺 Semoga tabah Zulin, Insya-Allah akan tiba masanya nanti ❤️❤️

Hiburan Fri, 6 Mar 2026
Hiburan Thu, 9 Nov 2017

KURANG CERDIK? FATHIA LATIFF

Bagaimanapun, Fathia menjelaskan dalam satu komen balasnya bahawa dia bertindak sedemikian kerana terdapat segelintir komen yang ditinggalkan oleh netizen tidak senonoh.

Featured Wed, 28 Dec 2022

“Seronok Duduk Makkah Rasa Tak Nak Balik KL” – Maria Tunku Sabri Tunai Umrah

Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri kini berada di Tanah Suci Makkah bersama suami, Ahmed Nazri Abd Malik dan anak, Aleeya Nazneen untuk menunaikan ibadah umrah. Menerusi hantaran di Instagram, Maria menzahirkan rasa syukur kerana selesai […]

Hiburan Mon, 15 Jul 2024

Individu Kritik Kediaman Kecil Seperti Sarang Burung, Ibu Aliff Aziz Respons – “Ini Rumah Pencen, Bayar Penuh Sebab…”

Allahu tak baik ek cakap rumah orang macam sarang burung, syukur ada tempat berteduh

Featured Thu, 14 Nov 2024

Aaron Aziz Bengang, Duit Perniagaan Isteri Disonglap Puluhan Ribu – “Kau Keji, Hipokrit, Biadap, Pendusta & Tak Bersyukur”

Aaron memaklumkan dia berasa sangat kecewa dan marah apabila wanita terbabit tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan isterinya.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
error: Content is protected !!