Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 1, 2018 @ 9:46am

“Sila Ukur Baju Di Badan Sendiri” – Asfan Shah

Baru-baru ini, kecoh bahawa terdapat segelintir selebriti telah mengayakan jenama tiruan sebagai previu berbayar untuk perniagaan yang menjual barangan tiruan mereka.

Justeru itu, Asfan Shah mempunyai pendapat tersendiri apabila mengakui  tidak salah bagi seseorang artis untuk bergaya tetapi biarlah ukur baju di badan sendiri. Tambahnya, dia tidak menyokong langsung penggunaan barangan tiruan atau mana-mana barangan fake. Namun, tidak menyalahkan mana-mana individu jika mereka memilih untuk menggayakannya.

Penyanyi lagu Fatamorgana Cinta itu secara peribadi menganggap itu adalah hak masing-masing.

“Saya tak mahu komen banyak mengenai isu itu. Bagi saya, kalau ada individu tak kisah menggunakan barangan berjenama tiruan, itu hak mereka.

“€œTapi, pada saya, kalau nak guna atau pakai apa-apa pun, biarlah ikut kemampuan kita. Ertinya, ukur baju di badan sendiri.”€ Katanya 

Menurut penyanyi itu, dia tidak menerima sebarang tawaran untuk mempromosikan barangan tiruan kerana baginya itu adalah tindakan yang salah dengan mengajak orang ramai menggunakan barangan tiruan.

“€Kalau nak pakai pun, pakai untuk diri sendiri dan kalau nak pos gambar di media sosial pun, itu hak sendiri. Tapi, bila ada yang mempromosikan tempat menjual barangan tiruan, itu benda yang tak bagus.

“€Bayangkan, kalau karya kita sendiri pun ditiru, mestilah kita akan marah. Lagi satu, kualitinya juga berbeza,”€ katanya.

Akui Asfan, dia sendiri pun mula mengumpul koleksi barangan berjenama Supreme sejak penghujung tahun lalu.

“€Sebelum ini, saya pun belum mampu nak pakai barangan berjenama. Jadi, saya cuma beli dan pakai apa yang saya mampu.

“Bila dah ada duit, barulah saya beli dan mengumpul barangan berjenama sikit demi sikit.”€ Jelasnya 

Wah.. Bagus betul tindakan Asfan. Al-maklumlah, apabila menjadi  public figure semua gerak geri termasuklah barangan yang dipakai akan menjadi perhatian ramai. Jadi jangan lah menyokong barangan tiruan. Lebih baik anda membeli barangan berjenama tempatan  atau senang kata mengikut kemampuan diri sendiri.

 

Ditulis Oleh :  Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022

“Putih & Idaman Para Gadis, Please Drop Your Armpit Routine!” – Amelia Henderson Dedah Terima Komen Pelik Mengenai Ketiak

Ni paling win! 🤣🤣 Ramai betul yang minta tips jaga ketiak daripada Amelia 🤣🤭 Ghisauuuu! 🤭

Hiburan Wed, 11 Apr 2018
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Tragedi Ice Skating, Isteri Lan Solo Terkejut Dapat Banyak Perkongsian!

Nur Sheila Hassim membuka masyarakat mengenai beberapa aspek yang tidak seharusnya dipandang remeh ketika bermain sukan luncur ais.

Featured Wed, 6 Sep 2023

Legenda M Nasir Bakal Bawa ‘Gendang Pati’ Di Plenary Hall KLCC 18 November Ini

Fuhhhh, legenda Datuk M Nasir nak buat konsert guys November ni, bestnyaa! Jangan lupa beli tiket nanti

Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

#MuzikMuzik33: Hamil Tidak Halang Semangat Liza Hanim Di Pentas Separuh Akhir

Lagu bertajuk Mimpi ciptaan Hafiz Hamidun, manakala lirik Fedtri Yahya ini bakal dipersembahkan di pentas separuh akhir MM 33 bermula 9 November sehingga 23 November ini. All The Best Kak Liza!

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Featured Sun, 22 Dec 2024

Fazura Tak Tolak Jodoh, Sedia Kembali Berumah Tangga – “Doakan Yang Terbaik Buat Saya & Fatima”

Aktres jelita itu memohon agar semua pihak mendiakan yang terbaik buat dirinya.

error: Content is protected !!