Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 24, 2019 @ 10:57am

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa masih terkejut dengan kejadian yang menimpa jurubunyi di dalam pasukannya, baru-baru ini.

Rossa yang baru sahaja sampai di Semarang untuk menghadiri persembahan panik apabila lelaki yang sudah 18 tahun bekerjasama dengannya itu tiba-tiba rebah di lapangan terbang.

“ Soundman yang sudah 18 tahun membuatkan suara saya ‘jernih’ ketika di pentas mengalami serangan jantung. Alhamdulillah sekarang dia sudah di hospital,” katanya kepada portal tempatan Indonesia.

Lelaki dikenali sebagai Danny Lisapali itu dikejarkan di salah sebuah hospital berdekatan oleh petugas kecemasan di lapangan terbang.

Sementara itu, Rossa memberitahu pelbagai pengajaran diperoleh sejak dari kejadian itu.

“ Sentiasa berbuat baik kepada sesiapa pun. Jauh dari pemikiran dan perkataan yang menyakitkan hati orang lain. Jangan sampai kita menyesal tidak sempat meminta maaf. Saya juga meminta maaf kepada teman-teman sekiranya ada kata-kata dan tingkah yang menyinggung perasaan.

“ Satu lagi perkara saya belajar, kita harus menyimpan nombor ahli keluarga rakan-rakan. Bukan apa, jika dalam keadaan kecemasan, mudah untuk kita menghubungi keluarga mereka. Balik dari sini saya akan mencatat nombor orang penting di kalangan rakan-rakan saya,” akhirinya. – Suara.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Fri, 1 Nov 2019

Menang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Kenapa Zara Zya Bingung?

Maklum saja, drama ini memerlukan saya bermain dengan emosi yang ‘turun naik’

Contest Wed, 30 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票

xtra好康头 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票,让你现场一睹半决赛各技艺精湛的舞狮。

Featured Wed, 24 May 2023

Didakwa Keluar Rumah Selepas Bersalin 10 Hari, Ini Penjelasan Emma Maembong

Baik betul Emma ni.. sanggup datang sokong Zizan!

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Kasih Iris Leona Mahu Therapist, Ini Respons Azhar Sulaiman

Azhar ni memang daddy yang sempoiii 😢 💪🏻

Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Aliff Syukri Rela Dikecam Asalkan…?

Aliff mempunyai 645,000 subscribers di laman Youtube miliknya, TV Terlajak Laris.

error: Content is protected !!