Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 1, 2019 @ 11:59pm

Menang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Kenapa Zara Zya Bingung?

Pelakon Zara Zya mengaku dia tidak menjangka kemenangan pada malam Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Melakonkan watak Pia di dalam drama terbitan JS Pictures, Zara meluahkan rasa syukur dengan pengiktirafan atas penghargaan yang diberikan .

“Saya bingung sekejap bila pengacara umumkan nama. Maklumlah, nama yang tercalon semua hebat belaka.

“Saya harus berikan pujian kepada sis Sheila Rusly yang banyak membantu saya mengawal emosi di set penggambaran. Maklum saja, drama ini memerlukan saya bermain dengan emosi yang ‘turun naik’. 

“Apapun saya anggap ini rezeki selepas bertunang. Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang.

Dalam perkembangan lain, Zara kini sibuk di set penggambaran drama Seadanya Aku yang bakal ditayangkan menerusi slot Akasia pada Januari depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022

Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Comelnya baby Arabella Mia! Tahniah Dr Amalina

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

2 Lagu ‘Tersembunyi’ Ejen Ali The Movie 2 Raih Perhatian, Nostalgia & Chill Vibes Menawan Pendengar!

Dua OST tersembunyi EATM2, ‘Some Other Day’ & ‘Hanya Kamu – Omar K & Raja Recode’ kini curi perhatian!

Hiburan Sat, 25 Sep 2021

“Kami Tak Tuju Kepada Haters…” – Walau Pernah Dikecam, Dolla Tetap Sebar Aura Positif

Biarpun pernah dikecam teruk, kumpulan Dolla tidak menujukan lagu terbaru mereka, Berani kepada segelintir netizen yang mengkritik. Dianggotai oleh empat gadis manis, Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying […]

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

“September Bulan Air Mata Shuib” – Watie Hanifiah Titip Doa Buat Suami

Watie Hanifiah titip ucapan buat Shuib sempena ulang tahunnya

error: Content is protected !!