Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin October 2, 2024 @ 6:45pm

“Setiap Penyanyi Ada Warna” – Afgan Ulas Isu Warganet Bandingkan Sampai Menutup Mata Versi Mahalini & Acha Septriasa

Penyanyi popular Indonesia, Afgan tampil mengulas isu perbandingan yang timbul antara penyanyi Mahalini dan Acha Septriasa menerusi lagu ‘Sampai Menutup Mata’.

Walaupun terkejut dengan isu yang timbul sehingga menyebabkan isteri kepada penyanyi Rizky Febian itu mahu mengakhiri kariernya sebagai penyanyi, Afgan bagaimanapun menjelaskan, pelantun lagu Sial itu sepatutnya tidak membaca kritikan yang diterima.

Baginya, setiap penyanyi mempunyai ‘warna’ dan cara tersendiri untuk menghidupkan lagu berdasarkan kreativiti dan ‘rasa’ yang mereka ada.

“Pasti ada yang akan cuba membandingkan kita dengan orang lain.

“Tapi saya yakin setiap penyanyi itu mempunyai karakternya yang tersendiri dan hanya ada satu Mahalini serta hanya ada satu Acha. Semua orang ada cara mereka untuk mewarnakan sesebuah lagu itu.

“Kadang-kadang komen sebegini kita tak perlu dengar, sebab saya yakin setiap penyanyi itu mempunyai tempat di hati peminatnya,” ulasnya.

Sebelum ini, nyanyian Mahalini menjadi topik perbualan hangat apabila terdapat segelintir netizen yang membandingkan nyanyiannya sekaligus berpendapat nyanyian Acha lebih meninggalkan kesan kepada peminat.

Mengulas lanjut, Afgan ketika disoal mengenai komen yang diterimanya, penyanyi popular Bawalah Cintaku ini menegaskan dia sentiasa mengelak daripada membaca komen-komen di media sosial demi untuk menjaga kesihatan mentalnya.

“Mungkin ada yang pernah membuat perbandingan cara saya menyanyi dengan penyanyi lain tapi saya tak pernah baca dan memang akan mengelak untuk buka akaun media sosial.

“Saya hanya akan posting sahaja dan dari saya asyik terfikir apa yang ditulis lebih baik saya tidak baca komen itu.

 “Tapi kalau saya buat promosi lagu, saya akan baca komen sebab saya perlu dapatkan maklum balas dari peminat untuk karya baharu,” katanya.

Terdahulu, Mahalini dilaporkan merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa.

Walaupun Mahalini berjaya membawakan lagu  dengan caranya tersendiri sekaligus memaklumkan lagu itu ditujukan khas buat teman rapat dan ahli keluarganya yang sentiasa ada dikala susah senang sepanjang karier nyanyiannya namun, peminat beranggapan bahawa nyanyian Acha lebih memberikan impak dihati peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Sep 2025
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Prince Affa Selesa Nyanyi Lagu Ciptaan Bapa Saudara

Dari segi pemilihan lagu, saya suka mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Afgan.

Hiburan Mon, 29 Dec 2025
Trending Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

‘Saya Mualaf’ Bawa Tuah Buat Da’i Adam, Tahniah!

Pemuda berusia 26 tahun dan merupakan mualaf ini memukau hadirin yang ada di dalam studio Sri Pentas 2 dengan persembahan diluar kotak. Judulnya ringkas namun menyentuh jiwa.

error: Content is protected !!