Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 7:37pm

2 Lagu ‘Tersembunyi’ Ejen Ali The Movie 2 Raih Perhatian, Nostalgia & Chill Vibes Menawan Pendengar!

Dua lagu baharu daripada runut bunyi filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), kini mencuri perhatian para pendengar apabila mencatat peningkatan ketara dalam carta penstriman digital.

Meskipun bukan lagu utama filem tersebut, lagu Some Other Day dan Hanya Kamu – Omar K & Raja Recode masing-masing mula mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan peminat, membuktikan kekuatan pengaruh muzik tempatan yang berkualiti tinggi dan sarat nilai emosi.

Some Other Day yang dinyanyikan oleh penyanyi muda FUGO dan diterbitkan oleh Hakim Kamal bersama Fai HK, menampilkan lirik penuh emosi yang menyentuh tema persahabatan dan kenangan masa remaja. Lagu ini dilihat sebagai pelengkap sempurna kepada tema utama filem yang menonjolkan nilai kasih sayang dan setiakawan.

Sementara itu, Hanya Kamu – Omar K & Raja Recode merupakan versi olahan semula lagu ikonik nyanyian asal Datuk M. Nasir.

Versi baharu ini menampilkan duet oleh Puteri Khareeza dan Kai Deva, dua bakat baharu dari label Alternate Records & Talent.

Disusun semula oleh Omar K dan Raja Syafiq, versi ini memberi pendekatan muzik yang lebih mellow dan moden, sesuai dengan cita rasa pendengar muda masa kini.

Kedua-dua lagu tersebut kini boleh distrim di semua platform digital utama, termasuk YouTube Music dan Spotify, serta turut digunakan dalam kandungan promosi rasmi Ejen Ali The Movie 2.

Ejen Ali The Movie 2 masih ditayangkan di pawagam seluruh negara dan terus mendapat sambutan hangat daripada penonton pelbagai lapisan usia.

Filem ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan industri animasi tempatan, malah berjaya menyerlahkan kreativiti produksi muzik Malaysia di pentas yang lebih luas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 May 2023
Featured Tue, 19 Jul 2022
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Joy Revfa Jadi Bahan Kecaman?

hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram terus kena kecam

Featured Wed, 21 May 2025
Featured Thu, 13 Jan 2022

HKL Kenal Pasti Pegawai Farmasi Biadab, Bakal Ambil Tindakan

Adab tu penting dik, tak kiralah nak handle macam mana sekalipun…

Featured Mon, 14 Jun 2021

Beri Kelonggaran Keluarkan i-Sinar Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Kelonggaran untuk mengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang terkesan wajar dilakukan oleh kerajaan. Menurut Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu […]

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Lufya Siap Sedia Buat ‘Come Back’

Maklum saja sudah dua tahun saya tidak berlakon dalam mana-mana drama kerana banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak.

error: Content is protected !!