Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 14, 2021 @ 5:08pm

Beri Kelonggaran Keluarkan i-Sinar Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Kelonggaran untuk mengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang terkesan wajar dilakukan oleh kerajaan.

Menurut Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu mengenal pasti golongan yang terkesan dalam pandemik Covid-19.

Kelonggaran tersebut kata beliau, perlu dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut terlibat dengan peminjaman wang haram.

“Benarkan orang yang betul-betul susah keluarkan i-Sinar ini kerana untuk menampung kehidupan masa kini dan masa depan belum tentu lagi.

“Ini kerana kita risau, kalau dia tidak dapat keluarkan duit i-Sinar mereka akan pergi cari ah long, dah tambah masalah sebab nak pinjam daripada bank tidak boleh.

“Jadinya, bagilah kelonggaran sebab tua itu belum pasti berlaku, sekarang ini yang kita tengah hadapi kesusahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Selasa, kerajaan disaran melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengeluaran caruman daripada KWSP untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan aset tabungan itu.

Dalam pada itu, Shazali berkata, keperluan rakyat adalah yang utama berbanding prestasi semasa KWSP.

Sehubungan itu, KWSP perlu lebih kreatif dalam mengawal prestasi untuk diagihkan kepada pencarum.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Feb 2023
Trending Tue, 5 Jun 2018

Aeroplane Makes Emergency Landing Due to Man’s Horrible Body Odour

Passengers were even puking from the smell!

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
familuv Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Apa Tujuan Buat Sesuatu Itu? Hanya Kita Saja Tahu Niat Sebenar Selain Allah” – Nur Fazura

Fazura berkata demikian menerusi ciapan yang dimuat naik di platform Threads pada Khamis

Trending Thu, 3 Dec 2020
Trending Mon, 4 Jun 2018

Ejen FBI Asyik Menari Tertembak Pengunjung Kelab Malam

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Trending Tue, 17 Sep 2019

201 Sekolah Di Selangor Ditutup Hari Ini

Makin serius pula jerebu, naik mendadak hingga terpaksa tutup sekolah.

error: Content is protected !!