Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2025 @ 1:18pm

“Saya Tak Boleh Serik Dalam Hidup, Sebab Ada 2 Orang Anak Perlu Dinafkahkan”- Siti Jamumall

Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall nekad untuk terus menjalankan perniagaan yang diusahakannya meskipun berdepan dengan ujian rumah tangga.

Menerusi perkongsian video tular di TikTok, Siti Jamumall menjelaskan, dia tidak akan berputus asa dan bekerja keras demi anak-anaknya terutama buat dua anak lelakinya hasil perkahwinan terdahulu.

“Saya tak boleh serik dengan kerja saya, saya tak boleh serik dalam kehidupan. Sebab apa? Saya ada dua orang anak yang pelru dinafkahkan.

“Itu bukan tanggungjawab Aiman. Dua anak lelaki saya ini  (Adam dan Aiman) ini adalah anak kepada suami saya yang pertama jadi bukan tanggungjawab dia. Tanggungjawab dia adalah anak yang saya kandungkan sekarang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Siti yang kelihatan sebak berharap agar orang ramai di luar sana mendoakan yang terbaik baut dirinya dan anak-anak.

Sekaligus, meminta agar individu yang menyebarkan video aib keganasan rumah tangganya menurunkan posting berkenaan demi kebaikan semua pihak.

“You all tahu tak betapa kuatnya budak yang ada dalam perut ni melalui macam-macam dugaan sepanjang saya mengandungkannya. Doakan anak saya selamat. Selamat dilahirkan, selamat membesar dan menjadi wanita yang solehah.

“Saya tidak mahu ulas mengenai video kekerasan rumah tangga saya itu. Minta pesan jasa baik individu yang memuat naik video tersebut turunkan posting. Saya tak nak lagi orang kecam Aiman. Saya kesian.

“Kalau orang nak kecam saya tak apa. Saya okay sahaja, inshaa-Allah. Sebab saya percaya, perkara yang saya tak buat, saya tak perlu melenting,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Cerai Kali Kedua, Siti Jamumall Alami Depresi & Anxiety… Netizen Komen: “Lepasni Jangan Nak Rujuk Balik! Sayangi Diri Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Aiman Tak Kesah Tepis Tuduhan Ambil D*dah, Akui Khilaf Ceraikan Siti Jamumall – “Ilmu Agama Saya Kurang”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Dua Hari ‘Terkurung’ Dalam Rumah, Siti Jamumall Sayu Perjelas Pelbagai Fitnah – “Saya Terlalu Sayang Aiman Mungkin Sebab Itu Allah Tegur”

ARTIKEL BERKAITAN:Mental Terganggu, Siti Jamumall Bidas Tuduhan Cerai Cuma Gimik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Oct 2024
Hiburan Wed, 21 Aug 2024

“Tak Ingin Harta, Cuma Mahu Anakku Tersenyum & Memelukku” – Patimah Ismail

Hati ibu walau remuk macam mana pun kasih sayang terhadap anak tiada bandingannya ❤️😭

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Trending Sun, 19 Dec 2021

PM Umum Cuti Kecemasan Kepada Semua Kakitangan Awam Terkesan Banjir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir. Ismail mengumumkan perkara terbabit menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Twitter sebentar tadi. […]

Hiburan Fri, 10 May 2019

Peminat Sebak Dengar Kolaborasi Raihan-Alif Satar Dalam ‘Sesungguhnya 2019’

Alhamdulillah abang-abang Raihan atas peluang ini. Akan saya ingat sampai bila-bila…

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

汇集各国影视人才!第三届马来西亚国际电影节办一系列电影座谈会

马来西亚国际电影节联手国家电影发展局(FINAS)举办一系列电影座谈会,邀请各国影视人才,探讨电影中的奥妙与启发。

Featured Thu, 20 Apr 2023
error: Content is protected !!