Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 4, 2018 @ 9:11am

Kaka Azraff Akui Tidak Pernah Kecewa

Artis yang cukup stylo ini akhirnya muncul kembali setelah sekian lama mendiamkan diri dalam industri muzik tanah air. Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 29 memeberitahu bahawa tindakannya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan bukanlah kerana atas sebab kecewa terhadap bidang nyanyian.

Isu ini timbul apabila single terbaru miliknya iaitu, Kembali gagal berada di anak tangga carta lagu popular mengekalkan prestasi lagu popularnya sebelum ini berjudul Bukan Hal Aku, Terima Kasih dan Terpulanglah.

” Istilah kecewa tidak wujud sama sekali dalam diri ini malah, saya lebih bersemangat setelah berada di bawah label Warner Music. Ia menjadi alternatif untuk memperkukuhkan lagi nama dalam bidang nyanyian. Saya sebenarnya amat merindui bidang lakonan kerana tidak mengambil sebarang tawaran berlakon sejak tahun lalu. Jadi, pada tahun ini saya seperti membalas dendam.” Jelasnya

Namun, Kaka akan kembali fokus dalam bidang nyanyian setelah penggambaran beliau tamat nanti. Dalam masa yang sama Kaka juga terlibat dalam sebuah drama 13 episod yang bersiaran di ntv7 berjudul Inai Yang Hilang.

Tambahnya lagi, buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya nyanyian beliau, Kaka bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul Sibuk dalam masa yang terdekat.

” Jika tiada aral, kami akan merakamkan video muziknya pada bulan puasa ini. Selain itu, saya juga bekerjasama dengan beberapa penyanyi tanah air. Bagaimanapun, maklumat lanjut menegenai perkara itu belum boleh dikongsikan pada ketika ini.” Katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023

Hanya Beza 2 Markah, Joe Flizzow & SonaOne Terharu Lagu Hip Hop Masih Diiktiraf – “Kami Bekerja Seperti Di Level Antarabangsa”

Bezel Rollie warna pelangi satu malam di Temasek, Royal flush that bukan lagi suspect! Havoc persembahan Joe & Sona! 🤩🤩

Events Fri, 2 Nov 2018

爱国演唱会RM88,888款项捐《大马希望基金》

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》圆满举行;主办单位把筹得RM88,888款项捐予《大马希望基金》,由原产业部长郭素沁见证并接收模拟支票。

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Nikah Teman Lama, Issey Akhiri Zaman Duda

Alhamdulillah, Tahniah Issey!

Hiburan Sun, 23 Jun 2019

郑伊健伤病痊愈再度挑战圆环倒吊高难度动作

郑伊健伤病痊愈!云顶演唱会高难度大圆环倒吊环节,让现场粉丝大饱耳福及眼福。

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Ehem…Ayda Jebat Tengah Cari Tarikh Sesuai?

Kalau kita lihat, ramai penyanyi baru yang keluar dengan lagu-lagu popular. Saya tak mahu overshadow. Beri ruang dan peluang kepada lagu lain dulu.

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
error: Content is protected !!