Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 14, 2023 @ 5:29pm

Hanya Beza 2 Markah, Joe Flizzow & SonaOne Terharu Lagu Hip Hop Masih Diiktiraf – “Kami Bekerja Seperti Di Level Antarabangsa”

Penyanyi hip hop, Joe Flizzow dan pasangan duetnya, SonaOne merangkul gelaran Naib Juara pada acara berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37.

Ketika ditemui di sidang media usai acara tersebut, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak menganggap bertanding bersama 12 finalis sebagai satu pengiktirafan buat lagi hip hop.

“Kami tak sangka langsung lagu Satu Malam Di Temasek mampu tercalon dalam semi final dan diterima oleh semua peminat. Untuk bertanding bersama 12 finalis lain itu pada saya dan Sona adalah satu pengiktirafan buat lagu Hip Hop.

“Kami bekerja dengan producer dan mixing engineers yang saya rasa sangat handal dan setaraf dengan penyanyi antarabangsa. Kami cuba untuk bekerja seperti di level antarabangsa seperti Interscope Records,” katanya.

Sementara itu, Joe berkata dia tidak terlalu menitikberatkan mengenai kedudukan lagu yang dihasilkan, malah apa yang penting adalah buat dirinya adalah cara penyampaian lagu tersebut dalam seni persembahan di acara ternama itu.

“Muzik adalah muzik. Jadi saya tidak kisah seandainya lagu kami mendapat tempat kedua atau berapa sekalipun kerana pada kami yang penting adalah cara persembahan karya di pentas berprestij ini.

“Apapun keputusannya, kami sangat terima dengan hati terbuka demi menghiburkan peminat hip hop. Kejayaan yang diraih ini memberi semangat kepada kami untuk terus berkarya,” tambahnya.

Joe Flizzow dan SonaOne mempertaruhkan lagu Satu Malam Di Temasek untuk AJL 37 yang berlangsung pada Ahad lalu bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Joe dan SonaOne membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL 37 dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Barisan juri yang mengadili malam berprestij itu adalah Datuk Acis, LY, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman dan Damian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo. Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun […]

Featured Mon, 8 Mar 2021
Events Sat, 24 Aug 2024

“Kami Tidak Perlu Tukar Kerana Mahu Nilai Eksklusiviti…” – De Fam Nekad Kekalkan Lirik & Susunan Muzik Lagu Alamak Raya Lagi!

Setuju, better tak payah tukar… lagu tu dah sebati dah untuk Raya yang tiba-tiba 🤣🤣🤣

Featured Sat, 9 Sep 2023
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Hiburan Wed, 20 Sep 2023
error: Content is protected !!