Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 5:25pm

Tak Mahu Anak Stres, Intan Najuwa Sambut Aidilfitri di KL… – “Dia Masih Kecil Untuk Hadap Perjalanan Jauh & Jem”

Pelakon, Intan Najuwa memaklumkan dia dan keluarga kecilnya buat pertama kali tidak pulang beraya ke Johor Bahru, sebaliknya akan menyambut Aifilfitri di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Intan berkata dia tidak sampai hati untuk membawa anak kecilnya, Imane Lunara menghadapi kesesakan lalu lintas kerana bimbang akan memberi kesan.

“Tahun ni, kami beraya di KL saja. Memang berat hati sebab sebelum ni tak pernah ‘missed’ balik Johor Bahru untuk Raya.

“Tapi kali ni, kami terpaksa utamakan Lunara sebab dia masih terlalu kecil untuk hadap perjalanan jauh dan jem yang teruk. Tak sampai hati nak biarkan dia stres.

“Walaupun tak dapat balik rumah nenek, hati tetap rindu pada keluarga di JB, mak ayah, mertua, dan adik-beradik semua. Insya-Allah, saya dan suami kuatkan semangat. Ini pertama kali kami beraya tanpa keluarga besar, memang terasa lain macam,” katanya.

Dalam pada itu, Intan turut berkata dia tidak mahu menaiki kapal terbang kerana belum bersedia membawa anak kecilnya menaiki pesawat.

“Untuk yang tanya kenapa tak naik flight, terus terang saya cakap, saya belum ready nak bawa Lunara naik kapal terbang dengan segala cabaran dan stres yang datang sekali.

“Jujurnya, saya pun ada rasa takut nak terbang. Sebab tu buat masa ni kami stay dulu. Tapi tak mengapa, keluarga saya bercadang nak datang KL untuk Raya kedua nanti, Insya-Allah!,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Fri, 11 Nov 2022
Featured Thu, 23 Jun 2022
Events Wed, 15 Jan 2025

Sebak! Jemaah Warga Emas Ditipu, 15 Tahun Kumpul Duit & Sanggup Ikat Perut Demi Tunai Umrah

Lebih menyedihkan, wang yang dikumpul untuk menunaikan umrah itu adalah hasil ikat perutnya selama 15 tahun.

Featured Sun, 8 Aug 2021

Tahniah! Azizulhasni Awang Raih Pingat Perak Untuk Malaysia Di Olimpik Tokyo 2020

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila beliau meraih pingat perak dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo sebentar tadi. Kejayaan itu sekaligus menjadikan beliau sebagai […]

Trending Wed, 23 Dec 2020
error: Content is protected !!