Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 19, 2022 @ 1:18pm

Awal Ashaari Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu ‘Khianat’ – “Terlupa Bayar Yuran Selenggara, Mengaku Alihkan Palang ‘Gate’ Dengan…”

Pengacara popular Awal Ashaari tampil memberi penjelasan terperinci tentang isu ‘khianat’ dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Awal memaklumkan dia dihalang untuk masuk ke premis sendiri kerana ada tunggakan yuran penyelenggaraan untuk beberapa bulan selepas berpindah ke rumah baharu.

“Perkataan khianat itu agak keras tapi itulah akta. Ceritanya tiga bulan sebelum raya saya pindah rumah baru, tapi tak ada la pindah sepenuhnya. Masih ada lagi barang lama saya di sana.

“Sebelum raya saya ke sana nak ambil barang tapi kad akses untuk masuk tak boleh guna. Saya tanya pengurusan mereka kata ada beberapa bulan saya tak bayar yuran penyelenggaraan (maintenance). Saya faham mengenai itu dan akan bayar.. tapi minta bagi masuk untuk ambil barang dulu.

“Mereka tetap kata tak boleh dan minta selesaikan dulu, sedangkan 14 tahun saya beli dan tinggal di situ tak pernah timbul isu saya tak bayar yuran, cuma terlambat bayar mungkin ada sebab saya sibuk. Cuma apabila dah berpindah rumah baharu itu saya terlupa tapi apa pun itu tetap rumah saya,” jelas Awal

Namun, pelakon itu mengaku bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya selepas permintaan untuk masuk ke kediaman sendiri bagi mengambil barang ditolak, tanpa melanggar palang tersebut seperti yang dilaporkan.

Bekas pengacara Melodi itu turut meluahkan rasa kesalnya kerana diperlakukan sedemikian tanpa budi bicara.

“Tak ada budi bicara atau tolak ansur. Saya kata kalau tak boleh masuk, saya masuk sendiri.. Saya ambil tindakan alih sedikit pagar menggunakan tangan saya, tak langgar seperti dilaporkan berita.

“Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kesal sebab tiada tolak ansur.

“Mungkin kekhilafan saya tak bayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan. Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan polis akibat masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak menangis pun ada,” katanya

Suami kepada pelakon jelita, Scha Alyahya itu turut memperbetulkan kesilapan orang ramai yang beranggapan dia membuat khianat di tempat awam.

Menurutnya, dia tidak melanggar harta sesiapa, tiada sebarang kecederaan atau dipukul ketika kejadian berlaku, hanya salah faham antara dirinya selaku pemilik rumah dan pihak pengurusan kediaman tersebut.

“Saya tak langgar harta sesiapa di situ, saya cuma alihkan palang dengan tangan saya untuk masuk rumah saya sendiri. Tiada sesiapa cedera, tak ada sesiapa kena pukul, cuma ada sedikit kesilapan dan salah faham sebab guard pun bukan orang tempatan.

“Kalau saya nak jual atau sewa kan rumah itu pun saya masih kena bayar yuran penyelenggaraan, saya nak lari ke mana? Ini cuma salah faham pemilik rumah dan pengurusan rumah sahaja.. takkan la saya nak buat aniaya tempat saya tinggal.

“Saya tak nak menidakkan apa-apa, saya mengaku khilaf tentang bayaran tapi itu tidak bermakna saya tak boleh masuk rumah saya, barang-barang saya ada dalam rumah itu dan saya ada hak masuk rumah saya.. boleh bincang secara baik,” katanya.

Sementara itu, Awal turut mengambil keputusan untuk menjual rumah tersebut susulan dakwaan tersebut dijatuhkan kepadanya.

Selasa lalu, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan dibenar diikat jamin RM2,000, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Julai.

Mengikut pertuduhan, Awal melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, dengan nilai kerugian dianggarkan RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.

Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari Didakwa Melakukan Khianat Merosakkan Harta Benda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Mar 2018

KLIA2 Implements Self Baggage Drop To Ease Drop Off Time

KLIA2 has a new facility for all passengers which will help save lots of time during the baggage drop off process.

Featured Tue, 27 Apr 2021

Tutup Bazar, Pendekkan Waktu Operasi Jika Langgar SOP

Sejak akhir akhir ini, tular di media sosial beberapa foto menunjukkan ketidakpatuhan SOP yang berlaku di beberapa bazaar Ramadan seperti di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , justeru kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan menutup sementara […]

Featured Mon, 26 May 2025
Hiburan Mon, 18 Mar 2024

Isu Khalwat, Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Terkutuk – “Kini Dia Lebih Banyak Diam”

‘Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut…’ – Rakan baik Ruhainies

Featured Tue, 10 Feb 2026

“Banyak Kebaikan Yang Dibuktikan, Akhlak, Jaga Anak & Maruah Diri” – PU Riz Titip Ucapan Sweet Sempena Birthday Neelofa

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tidak pernah gagal menzahirkan penghargaan terhadap isterinya, Noor Neelofa

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
error: Content is protected !!