Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 26, 2025 @ 12:01pm

Beg Tangan Jenama Aliff Syukri Laris Dalam Masa 25 Saat, Datin Shahida Teruja… Umum Berita Gembira

Isteri kepada usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid, meluahkan rasa teruja apabila beg tangan di bawah jenama keluaran suaminya habis terjual dalam tempoh hanya 25 saat.

Perkara itu dikongsikan oleh Shahida menerusi satu hantaran di media sosial, di mana beliau memaklumkan bahawa sebanyak 80,000 penonton menyertai sesi siaran langsung ketika pelancaran produk berkenaan.

“Ya Allah, tak sangka sangat lebih 80,ooo yang menonton dan battle untuk beli bag Samma malam ini.

“Kami minta maaf sangat sangat ya sebab kuantiti bag hanya 3000 sahaja. Tapi yang battle nak beli lebih dari 80,000 orang.

“Sold out semua dalam masa 25 saat sahaja,” kongsinya.

Bagaimanapun, Shahida memaklumkan, ada berita gembira yang akan khas buat peminat beg tersebut.

“Mana yang tak dapat beli lagi ni jangan risau kita ada berita baik.

“Sabar tau nanti kami bagi tahu,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet teruja melihat sambutan terhadap beg tangan keluaran Datuk Aliff Syukri.

Malah, segelintir mereka memuji kualiti beg tangan yang dihasilkan di bawah jenama selebriti itu berkualiti setanding jenama mahal yang terdapat di pasaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 14 Apr 2018

Jom Balik Mengundi, Air Asia Tawar Tambang Murah!

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga RM99.

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Trending Mon, 4 May 2020

[Terkini] Kita Belum ‘Raya’ PKPB Masih Ada

Marilah kita galas tanggungjawab ini bersama-sama!

Featured Sun, 20 May 2018

Enggan Ketinggalan Dalam Bergaya? Ikuti Lima Trend Popular Fesyen Lebaran 2018 Ini

Rekaan klasik kebaya pendek dan baju kurung pesak gantung, kembali mencuri tumpuan pereka fesyen terkenal.

Hiburan Wed, 27 May 2026

Komposer Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Singe Baharu Danial Kifli ‘Ku Yang Berjuang’ – “Dia Pergi Waktu Saya Nazak”

Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli sudah mula mencuri perhatian ramai apabila berjaya memasuki carta trending selain tular di media sosial.

Featured Tue, 23 Jun 2026

“Keanggunan Seseorang Tak Terletak Pada Barangan Jenama Mewah” – Anzalna

“Barangan berjenama bukanlah pengukur keanggunan dan keperibadian seseorang” – Anzalna Nasir

Trending Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Tue, 5 Aug 2025

MyGameOn Bergabung Dengan SAYS Tech Lancar Kempen ‘Rileks Je, Takyah Toksik’, Tangani Isu Buli Siber & Kesihatan Mental Dalam Dunia Permainan Video

Kempen ini adalah sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada usaha menangani isu buli siber dan menjaga kesihatan mental dalam kalangan komuniti pemain video di Malaysia.

error: Content is protected !!