Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 1, 2024 @ 9:34am

“Saya Masih Dalam Tempoh Idah, Harap Beri Saya Ruang Untuk Bernafas” – Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia mahu mencari jodoh yang beriman seperti yang tular baru-baru ini.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan aktres itu menerusi hantaran di TikTok, Nora menafikan dakwaan tersebut apatah lagi dia kini masih dalam tempoh idah.

“Saya ternampak ada artikel yang tajuknya, ‘Nora mencari suami beriman yang boleh dibawa ke jannah’.

“Saya sangat terkejut sebab bila saya beri kenyataan seperti itu? Kerana tidak wajarlah kenyataan itu dikeluarkan sebab saya baru sahaja bercerai dan masih dalam iddah. Bekas suami saya pun tengah sakit di hospital.

“Jadi kenyataan itu boleh menimbulkan kesedihan bagi sesetengah pihak,” ulasnya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh, Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, quotes Islamik yang dimuat naik menerusi Instagramnya sebelum ini hanyalah sekadar perkongsian semata-mata.

“Selepas saya buat kajian, rupanya ia adalah Instagram Reels yang saya repost. Saya repost sebab saya rasa ianya terlalu ‘sweet’ tentang suami isteri.

“Saya ingin kongsikan pada pengikut saya sebab ramai yang repost. Mungkin itu berlakunya salah faham. Ianya tentang bagaimana suami menjaga isteri dengan lembut dan telah menyentuh perasaan saya.

“Tapi sebenarnya semua orang idamkan suami dan isteri yang solehah. Itu adalah kemestian dan bukan perkara yang kita akan cari kemudian,” jelasnya.

Tidak mahu isu tersebut terus diperkatakan, ibu kepada dua cahaya mata itu sekali lagi mengingatkan netizen agar pihak di luar sana memberi ruang untuknya bernafas menerusi muat naik di Instagram Story miliknya pada Ahad.

“Lately pelbagai berita tidak sahih tentang saya menjadi tatapan umum.

“Harap dapat memberi ruang untuk saya dan keluarga bernafas.

“Terima kasih kerana keprihatinan anda dan sentiasa mendoakan yang terbaik.

“Pada yang segelintir itu, diharap janganlah sebarkan berita yang tidak betul sampai menjadi fitnah okay,” katanya.

Untuk rekod, Nora dan Nedim sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada 19 Jun lalu.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Oct 2021

Gara-Gara Lambat Masak, Pelanggan Restoran Fast Food Serang Pekerja Dengan Senduk Besi!

Seorang pelanggan wanita bertindak memukul seorang pekerja McDonald di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) kerana menunggu terlalu lama untuk mendapatkan makanan. Menurut polis, pelanggan itu memandu ke restoran berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Chevrolet Impala […]

Trending Sun, 10 Jan 2021

Tulus Pamer Transisi Berbeza Azmi Saat

Sedihnya muzik video ni

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Age Beautifully and Healthily with Anti-Ageing Recommendations

Gotta look good to keep up with the flow!

Featured Fri, 21 Dec 2018
Trending Mon, 4 Nov 2019

Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik akan Diserah Kepada PBT

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bermula 1 Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap […]

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

BTS’s Twitter Account Achieves 13 Million Followers!

No other Koreans have ever achieved this feat.

error: Content is protected !!