Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 11, 2025 @ 2:46pm

“Saya Dah Buat Apa Yang Patut, Kuasa Talak Bukan Pada Saya” – Nora Ariffin

Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52, menegaskan dia telah melakukan yang sebaiknya dalam prosiding tuntutan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, 59, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Isnin.

Memetik laporan Harian Metro, Nora menjelaskan, suaminya itu masih mahu meneruskan dan mempertahakan rumah tangga mereka.

“Saya tidak mahu masuk campur dan kalau boleh, mahu segera keluar daripada lingkaran toksik ini.

“Tapi prosiding dipanjangkan kerana Rushdi masih mahu meneruskan perkahwinan dan saya pula tak mahu tarik balik permohonan cerai.

“Jadi, kita perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam.

“Saya sudah buat apa yang patut tapi kuasa talak bukan pada saya.

“Jadi, kepada pihak tretentu, silakan berhujah dengan suami puan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, pelantun lagu Dipersimpangan Dilema itu menegaskan, dia sudah nekad dengan keputusan untuk bercerai meskipun suaminya enggan melepaskannya.

Terdahulu, pada 12 Ogos tahun lalu, rumah tangga pasangan selebriti Nora dan Rushdi menjadi topik perbualan hangat di media sosial selepas penyanyi itu memuat naik video di Instagram memaparkan detik suaminya melafazkan cerai.

Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul sehingga mendorong Nora memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 21 April lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 Oct 2019
LIFESTYLE Mon, 30 Apr 2018

5 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Wajib Untuk Gambar OOTD Anda!

Aplikasi ini bukan sahaja tempat berkongsi gambar selfie atau gambar makanan, kini instagram juga digunakan untuk berkongsi jiwa dan pemikiran yang tersendiri. Maka, di sini kami kongsikan 5 tempat menarik yang boleh anda lawati bagi mendapatkan gambar OOTD yang menarik!

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Perempuan DM Ayda Jebat Ajak ‘Couple’?

Ni tuntutan watak je lah…Ayda masih perempuan sejati.

Featured Sat, 12 Feb 2022
Hiburan Thu, 12 Oct 2023

Adam Lee, Sweet Qismina Saling Mempercayai… Tidak Risau Diganggu Penyondol

Adam jangan buat hal tau! Semoga kekal ke Jannah ❤️😍

Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Wed, 25 Jun 2025

“Tak Perlu Samakan Dengan KRU” – Abby Abadi Jawab Isu Harga Tiket Konsert Elite

Abby Abadi tampil bersuara isu tiket konsert Elite mahal

error: Content is protected !!