Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 20, 2022 @ 2:52pm

Enggan Terus Diboikot, Akhirnya Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media Tempatan

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Shila Amzah, 32, akhirnya memohon maaf kepada pihak media tempatan.

Biarpun ada pihak yang mengatakan kemenangan Shila dan SOG menerusi lagu Pelukan Angkasa di AJL 36 tidak diraikan sebagai pemenang, Shila sebaliknya mempunyai pendapat berbeza dan bersyukur kerana mendapat layanan baik dan liputan media pada 6 Mac lalu.

Umum mengetahui, Shila mempunyai isu dengan media tempatan berbahasa Melayu semenjak 2014.

Memetik laporan OhBulan!, kontroversi yang berlanjutan sehingga kini berlaku di luar kawalan.

Menurut pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah ini, dia baru mendapat kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan mengenai hala tuju karier seninya selepas berkahwin pada tahun 2018.

“Saya nak cakap apa yang berlaku pada masa lalu di luar bidang saya. Saya dah tak boleh nak tarik balik berita yang dah keluar. Apa yang menjadi penghalang saya tidak bebas?

“Saya tidak menidakkan pengorbanan kedua orang tua saya. Saya faham perasaan ibu bapa yang nak terbaik untuk anak.

“Tetapi disebabkan past relationship, saya sangat dijaga termasuk untuk perkara kecil seperti ingin keluar minum bersama kawan.

“Secara jujurnya, emosi saya banyak terganggu. Bila saya dah berkahwin dan pindah ke United Kingdom (UK), secara tidak langsung ia memberi saya kebebasan.

“Itu adalah kali pertama saya dapat mengolah balik kerjaya saya. Saya dapat kenal diri saya. Saya baru dapat menikmati kebebasan sebagai anak seni selepas keluarkan single Tiada Dirimu.

“Tetapi, saya tak akan salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku pada masa lalu. I just want to live in peace. Saya tak nak ada langsung berdendam dengan sesiapa.

“Saya harap mereka yang terguris itu maafkan saya. Saya ambil itu sebagai pengajaran dan harapkan apa yang berlaku itu menjadi iktibar kepada kita semua,” kata Shila.

Tak mahu isu dengan media tempatan berterusan, pelantun lagu Patah Seribu ini dengan rasa merendah diri memohon maaf.

“Saya minta maaf kepada media yang terguris hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. I learned in a hard way. Itu adat asam garam sebagai anak seni. Saya yakin yang terguris itu pun mengalami situasi yang tak best.

“Saya nak mohon maaf seandainya ada terlebih, terkurang yang saya terguriskan hati secara sengaja atau tidak, dalam kawalan atau di luar kawalan saya. Jauh di sudut hati, saya mengharapkan kemaafan dari kalian semua dan saya juga tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi,” katanya lagi.

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Jan 2025

Balu Arwah Abam Dah Temui Jodoh? Kongsi Video Sambut Ulang Tahun Bersama Jejaka Istimewa

Balu arwah Abam dah temui jodoh, kongsi video sambut ulang tahun

Featured Thu, 24 Jul 2025

Nora Ariffin Perjelas Isu Bayaran Royalti Tiada Kena Mengena Dengan Sheila Majid

Nora mahu menjadi ‘suara’ bagi anak-anak pengkarya muzik berdepan isu serupa.

Events Thu, 12 May 2022

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Haa, boleh semak mana tau ini punca bantuan BKM anda tidak berjaya…

Hiburan Tue, 13 Aug 2024

“Ustaz Tak Bersalah, Dia Hanya Ikut Arahan Untuk Lepaskan Saya” – Nora Ariffin

Alamak, suami Nora Ariffin terima arahan daripada siapa tu?

Trending Sun, 10 Apr 2022
error: Content is protected !!