Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Selebriti By: Atiqah Johari September 18, 2023 @ 9:22pm

“Sis Cannot Brain” – Luahan Curi Tumpuan, Shikin Maembong Dakwa ‘Ex’ Minta Duit Deposit Hospital?

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Cat Farish iaitu Shikin Maembong memuat naik hantaran berupa luahan di Instagramnya.

Menerusi Instagram Storiesnya itu, Shikin yang juga merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong itu mendakwa individu yang bergelar ‘Ex’ meminta semula wang pendahuluan.

Kongsi Shikin, individu itu meminta semula wang pendahuluan yang pernah diberikan atas alasan dia yang menyelesaikan bil hospital tersebut.

“Hmmmm boleh ke Ex sesuka hati minta refund duit deposit hospital atas alasan dia yang bayar bil? Sis cannot brain,” tulisnya.

Posting Shikin Maembong

Walaubagaimanapun, Shikin dilihat tidak menceritakan luahannya secara terperinci dan memetik mana-mana nama.

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA, Shikin telah memadam hantaran tersebut di Instagramnya.

Untuk rekod, Shikin pernah berkahwin dengan anak kepada Chef Wan iaitu Chef Riz pada Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri tunggal iaitu Putri Arianna Natasya, 8.

Selepas berpisah, Shikin sekali lagi berkahwin dan difahamkan menjadi isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai selepas dua tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shikin Maembong Kongsi Kisah Hidup Jadi Isteri Kedua – “Walaupun Madu Terima, Tetap Kena Mengalah…”

Artikel Berkaitan: Dakwa Kenyataan Chef Wan Fitnah, Shikin Maembong Perjelas Isu Kahwin Guna Duit Bapa Mertua -“Kami Kahwin Memang 100% Pakai Duit sendiri”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shikin Maembong Ucap Terima Kasih Pada Cat Farish Sudi Jaga Adik OKU – “Kami Duduk Satu Rumah”

Artikel Berkaitan: Bakal Adakan 3 Majlis Berbeza, Cat Farish & Shikin Maembong Nikah 14 Julai Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 Apr 2021

“Bantu Usahawan Luaskan Peniagaan..” – Kempen Salam Sayang Ramadan TV3 Suntik Semangat Ramai

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) tampil dengan Kempen Salam Sayang menerusi siaran langsung di TV9 malam tadi. Mengangkat tema Salam Sayang, tema ini merupakan kesinambungan kepada Setulus Ikhlas yang dibawakan pada tahun lalu. Tahun ini, […]

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Sitkom J.K.K Cetus Kontroversi Gara-Gara…?

Amboiiii, Pak Kodie ni pun!

Hiburan Sun, 23 Dec 2018
Events Tue, 7 Oct 2025
Hiburan Sun, 13 Apr 2025

Wah! (G)I-DLE & BamBam Bakal Gegar Stadium Merdeka Jun Ini

Konsert anjuran Live Universe ini menjanjikan pengalaman luar biasa!

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Ingatkan Keracunan Makanan, Rupanya Ardell…

Bakal bawa ‘penumpang’ ke misi kemanusiaan!

error: Content is protected !!