Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Maya Basir July 14, 2023 @ 3:03pm

Doa Shikin Maembong Dimakbulkan, Cat Farish Tidak Rasa Kahwin Secara Terburu-Buru – “Nak Bercinta Berapa Lama Lagi?”

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Cat Farish iaitu Shikin Maembong menyifatkan doanya di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah sebelum ini seperti dimakbulkan Allah.

Memetik laporan mStar, Shikin atau nama sebenar Siti Nur Ashikin Ismail, 40, memberitahu meskipun perkenalan dia dan suami singkat, namun perjalanan mereka untuk disatukan sebagai suami isteri dipermudahkan.

“Saya pernah berdoa dekat Makkah untuk bertemu jodoh yang baik dan dapat menerima anak perempuan saya. Apabila jumpa Cat tak sangka semuanya dipermudahkan.

“Insya-Allah kalau boleh nak berbulan madu di Tanah Suci sebab saya pasang niat nak berpimpin tangan dengan suami di depan Kaabah,” katanya.

Mengulas tentang berkahwin dalam waktu perkenalan yang singkat, Cat tidak melihat keputusan untuk mendirikan rumah tangga sebagai perkara yang terburu-buru kerana mereka berdua sudah matang.

“Bagi saya perkahwinan ini tidak tergesa-gesa memandangkan kami pun sama-sama sudah matang. Nak bercinta berapa lama lagi?

“Kami berkahwin untuk kebahagiaan anak-anak,” ujarnya.

Berkongsi mengenai cahaya mata pula, Cat dan Shikin menyerahkan perkara tersebut kepada Allah SWT namun sekiranya ada rezeki mereka ingin dikurniakan cahaya mata lelaki kembar.

“Kami serahkan rezeki anak kepada Allah, kami tidak merancang. Tapi Shikin kalau boleh nak anak kembar atau lelaki memandangkan sudah ada tiga anak perempuan.

“Kami tak minta dan tak pula menolak memandangkan kami sudah ada empat orang anak,” jelasnya.

Selain merancang mengerjakan ibadah umrah, pasangan ini bercadang untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan menunggang motosikal sebagai aktiviti bulan madu mereka.

Sekadar info, Cat sebelum ini pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.

Selepas itu, Cat juga telah berkahwin dengan Suriani Hassan pada November 2020 dan mengumumkan telah bercerai pada Februari lalu namun perkahwinan ini mereka tidak dikurniakan anak.

Manakala, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Cef Riz yang juga anak kepada Chef Wan pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, Shikin dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Arianna Natasya, 8.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 dan bercerai pada 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Penganjur Letak Harga ‘Cekik Darah’, Azza Elite Bawa Diri Ke Singapura

Untung kami pun tak seberapa dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan sekarang…

Featured Wed, 6 May 2026

“Ego Dan Bongkak Berpisah Tiada” – Rita Rudaini

Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang sukar menerima teguran selain bersikap ego.

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

‘Sampai Hari Ini, Saya Masih Tak Percaya…’- Alif Satar

Konsert anjuran Philandure dan Komited Malaysia itu diadakan bagi mengumpul dana untuk enam pertubuhan terpilih.

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

SUARA FATHIA LATIFF NOT BAD?

Fathia Latiff mempunyai ton suara dan karakter tersendiri untuk bergelar sebagai seorang penyanyi. Malah, beliau juga mengakui sudah mempunyai lagu yang sesuai untuk pelakon kontroversi itu

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Fadh Mengaku Lebih ‘Over’ Berbanding Isteri

pelawak Fadh akui lebih ‘over’ berbanding isterinya dimana keinginannya membuak ketika berada di kedai kelengkapan bayi sewaktu membeli kelengkapan baby girl

Trending Tue, 24 Nov 2020
error: Content is protected !!