Selebriti By: Atiqah Johari June 23, 2023 @ 1:31pm

Bakal Adakan 3 Majlis Berbeza, Cat Farish & Shikin Maembong Nikah 14 Julai Ini

Penyanyi dan pelakon Cat Farish berkongsi bahawa dia akan mendirikan rumah tangga bersama Shikin Maembong pada Julai depan.

Memetik laporan mStar, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli akan bernikah pada 14 Julai ini dan Shikin memaklumkan mereka bakal mengadakan tiga acara berbeza termasuk majlis berinai dan bersanding.

“Dua perkahwinan terdahulu langsung tiada majlis bersanding dan hanya buat akad nikah sahaja tapi saya cadang nak buat majlis berinai secara kecil-kecilan.

“Tapi adik-beradik yang lain minta saya buat majlis yang lebh teratur… jadi InsyaAllah malam berinai pada 12 atau 13 Julai. Selepas itu, 14 Julai kami akan bernikah dan keesokan harinya bersanding,” ujarnya kepada mStar.

Selain itu, Shikin menzahirkan rasa syukur kerana perancangan perkahwinannya turut dibantu oleh adiknya, Emma Maembong.

Malah, Shikin juga telah mendapat beberapa tajaan termasuk dewan untuk majlis nikah dan busana pengantin.

“Alhamdulillah keluarga menyambut baik keputusan saya dan Cat untuk mendirikan masjid malah Emma antara orang yang paling sibuk mahu menguruskan semuanya.

“Saya memang banyak berkongsi cerita dengan Emma, jadi bila saya beritahu nak kahwin dia tawarkan diri membantu sebagai wedding planner,” jelasnya.

Sekadar info, Cat telah bercerai dengan isterinya menerusi perkahwinan kedua bersama Suriani Hassan dengan talak satu.

Sebelum itu, Cat berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016 dan memiliki tiga anak bersama iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 serta Qul Iskandar, 12.

Manakala, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz yang juga merupakan anak kepada Chef Wan pada Disember 2014.

Walaubagaimanapun, mereka telah berpisah pada Jun 2016 dan dikurniakan seorang puteri tunggal iaitu Putri Arianna Natasya, 8.

Artikel Berkaitan: “Nampak Serasi” – Kongsi Momen ‘Spend Time’ Bersama, Shikin Maembong & Cat Farish Sedang Menanti Hari Istimewa?

Artikel Berkaitan: “Bila Nak Kenal, Tiba-Tiba…” – Selepas 2 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Cat Farish Lebih Suka Sendirian

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Apr 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

Featured Tue, 23 Aug 2022

“Allah Tak Izinkan Dia Discharge Hari Ini…” – Oksigen Rendah, Ainul Mardhiah Kembali Diserang Sawan Berterusan Selama 10 Saat

Sayunya min baca luahan hati ayah Ainul Mardhiah 🥲🥲 Semoga Allah permudah segala urusan 🥲