Hiburan By: Izzi Farhana March 28, 2023 @ 4:00pm

[VIDEO] Lisa Surihani Sempat Mencuit Tangan Suami Ketika Memperagakan Tudung Ariani – “Sempat Lagi…”

Pelakon Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally dilantik menjadi duta sebuah jenama pakaian raya.

Sempena pelancaran koleksi Syawal jenama terbabit, tiga pelakon ini terlibat dalam pertunjukan fesyen yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Namun apa yang mencuri perhatian netizen adalah ketika Lisa berjalan di hadapan suaminya, pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim.

Menerusi sebuah video TikTok yang tular, Lisa sempat mencuit tangan suaminya dan meneruskan ‘catwalk’ seperti biasa.

@faraheeyyaAriani Ambassadors Line Up 🔥♬ original sound – Faraheeyya ✨

Reaksi spontan terbabit menarik perhatian netizen dan rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan mengatakan bahawa pasangan tersebut “sweet”.

“Sempat lagi Lisa tu.

“Eee, sweet suke tengok Lisa dengan Yusry.

“Alahai sweetnya dia dan lagi pegang tangan suami dia,” komen netizen lagi.

Untuk info, Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Thu, 23 Jan 2020

#XtraGiveaway: Win A Pair Of Ronan Keating Concert Tickets And A Romantic Dinner For Two This Valentine’s Day!

It is definitely the perfect night out for a romantic moment with your love one!

Trending Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.

Events Thu, 3 Jan 2019

Shuk Dan Jihan Confirm Buat Korang Pecah Perut Dalam…

Jadi jangan lupa saksikan Senang Terhibur yang pastinya buat korang semua pecah perut dengan lawak jenaka daripada Jihan, Shuk dan artis jemputan setiap minggu.

Events Tue, 5 Nov 2019
Trending Fri, 29 May 2020