Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 29, 2020 @ 1:00pm

Ramai Keliru Bil Elektrik Makin Meningkat? Ini Mungkin Penjelasan Berguna Buat Semua

Selain bil air, bil elektrik juga menjadi topik utama pengguna apabila timbul kekeliruan bil mereka mencanak naik.

Justeru itu, pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengakui, turut berlaku kekeliruan di kalangan pengguna berkaitan pengiraan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika ini.

Pengguna boleh merujuk kepada TNB atau Suruhanjaya Tenaga (ST)

Sumber : Google

Menurut Menteri Tenaga Dan Sumber Ahli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, orang ramai yang tidak berpuas hati atau menghadapi kekeliruan berhubung isu terbabit boleh merujuk kepada TNB dan juga Suruhanjaya Tenaga.

” Pihak TNB akan menambah kemudahan Kedai Tenaga mulai 1 Jun supaya rakyat boleh berhubung untuk dapatkan maklumat tentang perkara ini,” Katanya selepas mendapat banyak rungutan orang ramai yang menerima bil elektrik yang tinggi menerusi pembacaan meter secara fizikal selepas ianya dihentikan sususlam PKPB sejak 18 Mac lalu.

Tambahnya lagi, TNB tidak membuat pengiraan bil elektrik sewenang-wenangnya, sebaliknya ia dilakukan setelah mendapat kelulusan ST selaku badan pengawal selia.

Pengiraan adalah mengikut undang-undang yang ditetapkan

Sumber : Google

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif ST, Razib Dawood berkata, pengiraan oleh pihak TNB adalah mengikut tertib ditetapkan dan tidak wujud isu syarikat utiliti tersebut sengaja melambatkan bacaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 4 Jul 2025

‘Sentuhan Wira’ Filem Aksi Sukan Kebangsaan Diangkat Ke Layar Perak, Adaptasi Kemenangan Piala Thomas 1992

Filem ini turut mendapat sentuhan Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.

Featured Mon, 30 Jun 2025

Hubungan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Belum Dapat ‘Restu’ Daripada Bapa

Ameera mengakui masih belum mendapat restu daripada bapanya.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Sat, 2 Aug 2025
Hiburan Mon, 9 Dec 2024

Sophia Albarakbah Gementar Bergandingan Dengan Remy Ishak – “Dia Nampak Sangat Tegas!”

Sophia Albarakbah gementar mahu bergandingan dengan Datuk Remy Ishak.

Featured Thu, 5 Jan 2023
error: Content is protected !!