Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 24, 2024 @ 3:39pm

“Selepas Buat Ujian MRI Baru Dapat Tahu” – Dikesan Alami Masalah Di Leher, Zara Zya Ditahan Di Wad

Pelakon Zara Zya dimaklumkan kini sedang dirawat di sebuah hospital di ibu negara sejak Isnin lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Zara dilaporkan menghidap dua sindrom iaitu Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome.

Kongsi Zara, pada mulanya dia menjalani pemeriksaan atritis kemudian ditahan dan dirawat di hospital untuk pemeriksaan lanjut atas nasihat doktor.

“Awalnya, saya sekadar nak buat pemeriksaan untuk masalah artritis saya saja, tapi doktor sarankan untuk saya ditahan dan dirawat di hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Selepas dilakukan ujian MRI (pengimejan resonans magnet), barulah dapat tahu ada masalah lain di bahagian leher saya.

“Doktor kemudian mengesan penyakit itu sebagai Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome di bahagian belakang.

“Dari situ juga turut dimaklumkan bahawa poliartritis yang saya hidapi boleh mengakibatkan dua sindrom itu berlaku,” jelasnya ketika dihubungi Harian Metro.

Walaubagaimanapun, Zara memberitahu bahawa dia kini berada dalam keadaan stabil namun masih ada sedikit rasa sakit di bahagian leher.

“Setakat ini, saya dalam keadaan baik-baik saja. Cumanya, ada rasa sakit di bahagian tertentu yang berkaitan dengan sendi terutamanya di bahagian leher,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Luar Biasa…Kutipan Munafik 2 Berjaya Cecah RM 1 Juta Di Indonesia!

Atas sambutan yang luar biasa, Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memaklumkan jumlah panggung juga ditambah atas permintaan pemilik pawagam.

Featured Sun, 13 Aug 2023
Trending Mon, 12 Jul 2021

Harry Khalifah Bersama 4 Artis Beri Bantu Kepada Golongan Memerlukan

Penyanyi dan komposer, Harry Khalifah bersama Ezad Lazim, Floor 88, Syafiq Farhain dan Danial Zaini mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Mereka menubuhkan Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia (PGMM) untuk membantu mereka […]

FESYEN Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

11 Tahun Tanpa Single Baharu, Raihan Tetap Laku!

Siapa cakap kumpulan Legend dah tak aktif, baca ni!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Dilatih Beraksi Depan Kamera Sejak Kecil, Qadejah Tak Kisah Digelar ‘Aliff Syukri 2.0’

Qadejah dah biasa dihadapan kamera sejak kecil dilatih oleh Aliff Syukri

Featured Fri, 30 Dec 2022
error: Content is protected !!