Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 18, 2020 @ 9:00am

Tahniah! Dr Noor Hisham Terima Anugerah Jenama Kepimpinan 2020 BrandLaureate oleh The Worlds Brands Foundation

Sekali lagi sekalung tahniah diucapkan buat KKM dan Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia kerana mendapat pengiktirafan dunia menerusi Anugerah BrandLaureate oleh The Worlds Brands Foundation.

Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepemimpinan 2020

Sumber : Facebook

Kewibawaan dan sifat kepimpinan Dr Noor Hisham Abdullah bersama-sama frontliners kita dalam menangani penularan wabak Covid-19 sememangnya harus dipuji dan tidak hairanlah usaha gigih ini melayakkan beliau menerima Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepemimpinan 2020.

Manakala, KKM turut menerima Anugerah BrandLaureate – Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan, atas peranannya membendung dan mengekang penyebaran virus Covid-19.

Tanda dedikasi, komitmen & pengorbanan para frontliners

Sumber : Facebook

Dr Noor Hisham juga dilihat berkongsi berita gembira itu menerusi muat naik di laman Facebook nya pada Jumaat.

Beliau turut menyifatkan anugerah ini adalah hasil daripada sikap dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap petugas kesihatan sebagai barisan hadapan serta komitmen daripada pelbagai agensi yang turut menyalurkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Harus dicontohi pihak lain

Mengakui negara berdepan pelbagai cabaran dalam menangani krisis ini, namun slogan ‘setiap sektor adalah sektor kesihatan’ satu realiti yang boleh dicontohi pihak lain.

” Belum pernah kita melihat seluruh jentera kerajaan dan masyarakat bekerjasama demi kesihatan awam, seterusnya menjadikan slogan ‘setiap sektor adalah sektor kesihatan’ satu realiti yang boleh dicontohi pihak lain“

Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Dr Noor Hisham turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang fasa ini.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita,” Katanya.

Sumber : Facebook

Kedua-dua anugerah itu telah disampaikan oleh Pengerusi The BrandLaureate, Tan Sri Rainer Althoff.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Fri, 30 Sep 2022

“Jangan Berlagak Pandai, Kadang Lu Borak Kosong!” – Joe Flizzow Tempelak Siapa Tu?

Fuhhh, garang Mr. President kita niii 🥵🥵 Marah siapa tu Joe?

Hiburan Mon, 25 May 2026

Memecah Sunyi Selepas Lebih Sedekad, Disagree Kembali Dengan Let’s Do It All Again

Kemunculan semula kumpulan yang dianggotai Zahid, Hamka dan Taa itu sekali gus mengubat kerinduan peminat yang sekian lama menantikan karya baharu daripada antara nama penting dalam arena alternatif rock Malaysia sekitar awal 2000-an.

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ramai Puji Nampak Manis, Ibu Zahirah Macwilson Istiqamah Berhijab – “Semua Yang Baik Datang Dari-Nya”

Maslinda mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di media sosial yang tidak henti menzahirkan ucapan doa

Trending Thu, 12 Apr 2018

Nak Tau Bagaimana Rupa Pemilik Suara Seksi Dalam Iklan Yusuf Taiyoob? Tengok Video Ini

Suara lelaki dan perempuan dalam iklan itu menggoda sungguh, padahal ianya untuk iklan kurma!

Featured Thu, 19 Jun 2025

Irfan Zaini Kongsi Foto Peminat Dibelasah Hingga Berdarah Gara-Gara Watak Malik 

Irfan Zaini berkongsi foto milik peminatnya yang dilaporkan dibelasah hingga berdarah oleh pentaksub ”Malik”.

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
error: Content is protected !!