Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 29, 2022 @ 6:00am

“Perasaan Tunggu Anak ‘Meninggal Dunia’ Tak Mahu Saya Ulang Lagi” – Air Mata Fazley Yaakob Jatuh Kerana…

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengalirkan air mata apabila bercerita mengenai anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom ‘squeaky baby’ semenjak dilahirkan.

Menurut Fazley, dia pernah diberitahu oleh doctor yang anak kesayangannya itu mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.

“Anak kedua saya banyak ujian. Ketika isteri sedang hamil anak kedua, dia hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam perkara lagi.

“Bila dia dilahirkan sebulan setengah daripada masa yang sepatutnya, keadaan dia kurus dan tak cukup nutrisi. Bila pemeriksaan dijalankan, Fieradz ada lubang berdekatan dengan leher dan dia mempunyai sindrom squeaky baby.

“Apabila Fieradz bernafas, ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor pernah cakap, umurnya mungkin sampai lima tahun, jika dia masih hidup sekali pun, kita kena masukkan tiub di tekak Fieradz.

“Alhamdulillah, kini dia sudah berusia 12 tahun dan kami dapat melalui segala rintangan bersama,” jelas Fazley.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ada 74 Baju….” – Selalu Pakai Baju Cef Sebab Nak Menunjuk Ke? Ini Respons Fazley Yaakob

Tambah pelantun lagu Cerita Asmara ini, dia tidak mahu mengulangi lagi perasaan menanti anak yang menanti waktu ‘meninggal dunia’.

“Jika dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat, akan muntah macam pili air. Selaku ibu bapa, menanti masa untuk anak itu ‘pergi’ seperti yang dikatakan doktor adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.

“Saya sangat bersyukur, Fieradz boleh bermain bola, skateboard, kemana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar. Hakikatnya, perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi,” tambahnya.

Sekadar info, isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad pernah 13 kali keguguran sepanjang mendirikan perkahwinan selama 16 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Aug 2022

“Spoil Tengok Bengkung Tu” – Netizen Tegur Busana Merah Hannah Delisha Di KLFW

Minggu Fesyen Kuala Lumpur ataupun KLFW memang menjadi acara tumpuan pada saban tahun. Dihadiri ramai selebriti tempatan bagi memberi sokongan kepada pereka fesyen tanah air, KLFW dilihat sebagai medan kepada selebriti untuk menggayakan fesyen tersendiri […]

Trending Thu, 15 Mar 2018

Halang Laluan Pejalan Kaki, Romah Makan Terlajak Laris Milik Jutawan Aliff Syukri Diserbu MBPJ!!!

Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi diuji apabila restoran miliknya yang beroperasi di Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Featured Wed, 16 Nov 2022

Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Wah inisiatif yang bagus untuk timba ilmu baru

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Isteri Faisal Halim Luah Rasa Rindu Pada Anak – “Mummy Yakin Nanti Kita Akan Jumpa”

Isteri Faisal Halim, Syazwani beri bayangan dah lama tak jumpa anak

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Mimi Loma Meninggal Dunia Dalam Tidur

Seniwati popular era 1960-an, Mimi Loma, 75, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur, pukul 2.19 pagi ini. Khabar duka itu disampaikan oleh anak saudaranya […]

error: Content is protected !!