Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 10, 2019 @ 10:12am

11 Tahun Tanpa Single Baharu, Raihan Tetap Laku!

Anggota kumpulan nasyid Raihan, Che Amran menafikan mereka tidak lagi menerima tawaran menyanyi pada masa ini.

Raihan ketika ditemui di sidang media konsert ‘Qasidah Night’ memaklumkan mereka masih aktif menerima tawaran persembahan di dalam dan luar negara.

“ Mungkin ramai menyangka kami dah tak aktif macam dulu memandangkan jarang keluar televisyen dan lagu baharu pun sudah lama tak dirakam.

“ Tetapi Raihan tetap ‘hidup’ dan masih aktif menyanyi termasuklah menerima undangan di luar negeri. Kami juga membuat persembahan di Dubai, Indonesia dan Kanada. Alhamdulillah, rezeki untuk menyanyi lagu-lagu dakwah masih lancar dan peminat masih mahukan Raihan menyanyikan lagu- lagu lama,” katanya kepada XTRA.

Akui Che Amran, walaupun single terakhir mereka dirakam pada tahun 2008, ia bukan penghalang mereka menerima tawaran daripada penganjur.

“ Walaupun tanpa single baru, kami memiliki kelompok peminat tersendiri yang menyokong sejak 23 tahun lalu.

“ Kebanyakan daripada mereka sudah berkeluarga dan bekerjaya. Sebahagian besar aktiviti yang kami anjurkan atau persembahan, mereka datang menyokong. Atas sokongan inilah, Raihan masih utuh atas sokongan kelompok ini,” katanya terharu.

Dalam perkembangan lain, Raihan bakal tampil dalam sebuah projek single baharu bersempena bulan Ramadan akan datang.

“ Kami akan masuk ke studio dan merakam sebuah lagu nasyid lama dengan penyanyi terkenal masa kini. Jika tiada aral, kami bakal masuk studio pada hujung minggu ini. Insha Allah,” akhirinya.

Raihan bermaksud haruman dari syurga dianggotai Nazrey Johani selaku penyanyi utama, Allahyarham Azahari Ahmad, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim tampil dengan album pertama berjudul Puji-Pujian berkonsep nasyid kontemporari.

Populariti diraih Raihan sejak 1997 membawa mereka mengembara ke seluruh dunia mengadakan persembahan. Antaranya Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika dan Asia.

Oleh: SGMS Fas & Azroy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Aug 2025

Isteri Aliff Syukri Kongsi Kisah Seram, Pintu Bilik Tiba-Tiba Terbuka Tepat Pukul 4 Pagi

atin Shahida berkongsi kisah seram yang dialaminya menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Hiburan Sun, 3 May 2026

Selepas Auckland, Fattah Amin & Amira Othman Terbang Ke Istanbul Sambung Kisah Cinta Nan Manis!

Selepas mencuri perhatian menerusi kisah romantik berlatarbelakangkan Auckland, gandingan pasangan serasi, pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman terbang ke Istanbul.

Featured Mon, 10 Nov 2025

Pasya Tampil Single ‘Aku Bukan Cinta’ Karya Emosional Menyentuh Jiwa

Lagu ini merupakan hasil ciptaan dua komposer tersohor.

Hiburan Tue, 30 Sep 2025
Featured Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Kisah Cinta Zul Ariffin Tergugat Angkara Godaan?

Siapa yang cuba gugat kesetiaan?

error: Content is protected !!