Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 3, 2024 @ 5:33pm

“Jaga Tingkah Laku & Kata-Kata, Awak Akan Jadi Lebih Hebat Daripada Daddy” – Azhar Sulaiman Puji Kasih Iris Leona Berbakat Dalam Pengacaraan

Pempengaruh, Kasih Iris Leona meluahkan rasa terharu selepas bapanya, pelakon Azhar Sulaiman memuji dirinya mempunyai bakat untuk menjadi pengacara sebuah program.

Menerusi platform X, Leona memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang diterima daripada bapanya yang telah memberi nasihat kepadanya untuk menjaga tingkah laku agar tidak menjadi penghalang mengorak langkah dalam industri.

“Asslamualaikum Nuna (panggilan Leona). Daddy dah tengok, awak memang seorang pengacara.

“Awak akan menjadi seorang yang lebih besar dan berjaya daripada daddy. Perlu berjaga-jaga dalam setiap langkap dan berhati-hati dalam penggunaan kata kerana itu membunuh,” katanya.

Sebelum ini, Leona terbang ke Jepun bagi menjalani penggambaran mengacarakan sebuah program bersama empat selebriti lain seperti pelakon terkenal, Nabila Huda.

Artikel Berkaitan: Pakai Kostum Leopard, Penampilan Leona Ke Parti Halloween Dikritik Lagi… Netizen Komen: “Too Aggresive Leona, Seksanya!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Nak Kahwin Tahun Hadapan” – Kasih Iris Leona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Sun, 11 Apr 2021

Selepas 16 Tahun, Mirwana Kembali Bersama Faizal Tahir

Selepas 16 tahun, Mirwana kembali ‘bersatu’ bersama penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir menerusi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021. Setelah sekian lama, rata-rata netizen berasa amat teruja dan meniggalkan komen yang baik setelah melihat posting […]

Trending Tue, 1 May 2018

Hari Penghargaan Bagi Anda Yang Bekerja, Jom Kenal Sejarah Hari Pekerja!

Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

error: Content is protected !!