Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 11, 2021 @ 1:54am

Selepas 16 Tahun, Mirwana Kembali Bersama Faizal Tahir

Selepas 16 tahun, Mirwana kembali ‘bersatu’ bersama penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir menerusi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021.

Setelah sekian lama, rata-rata netizen berasa amat teruja dan meniggalkan komen yang baik setelah melihat posting Faizal dan Mirwana di laman media sosial mengenai ‘reunion’ ini.

Bersama dengan Hafiz, Izzat, Akmal dan Along, Faizal merupakan salah seorang anggota Mirwana dan telah keluar dari kumpulan tersebut pada tahun 2005.

“Saya tahu ramai yang bertanya dan ingin kami berkerjasama semula, saya dan Mirwana sebenarnya sudah berbincang dari beberapa tahun lepas lagi, cuma tunggu masa yang sesuai.

“Saya rasa ini adalah waktu yang baik untuk mengeluarkan lagu ini. Tanpa Mirwana tiadalah Faizal Tahir. Saya cuma ingin mengembalikan nostalgia dan ini adalah satu penghargaan buat mereka,” kata Faizal.

Wakil dari kumpulan Mirwana, Hafiz pula berkata:

“Apa yang lebih penting adalah ukhwah antara kami, keluarga dan sahabat diharap akan lebih erat dan baik.

“Sejak kebelakangan ini, kami dapat melihat pelbagai usaha yang dilakukan oleh penggiat seni untuk mengangkat semula nasyid dan kami tidak mahu ketinggalan.

“Maka 2021 adalah tahun yang tepat untuk kami susuli dengan sebuah lagu nostalgia yang diberi nafas baru,” katanya.

Lebih menarik lagi, kesemua ahli baharu kumpulan Mirwana iaitu Naim, Faiz dan Ikram turut sama menjayakan muzik video Aku Tanpa CintaMu 2021 yang mengangkat tema dan isu penderaan kanak-kanak.

“Isu penderaan ini adalah satu gejala dan tragedi yang mesti diberi perhatian oleh semua. Mudah-mudahan menjadi asbab hidayah Allah agar menyentuh hati dan jiwa masyarakat,” tambah Hafiz.

Aku Tanpa CintaMu 2021 juga telah dimuatkan dalam koleksi audio ‘Qibla’ yang baru dilancarkan oleh Faizal dan syarikat rakamannya, Faithful Music.

Selain itu Faizal turut memuatkan rakaman semula ‘Ceria Aidilfitri’ dan lagu baru berjudul ‘Syahadah’ bersama dengan sepuluh klip audio tadabbur yang dibaca olehnya sendiri.

Aku Tanpa CintaMu adalah karya sepenuhnya oleh Mujahid Abdul Wahab manakala sususan muzik versi 2021 ini pula telah digubah oleh Adib Hussin dan Faizal Tahir sendiri.

Lagu ini adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.

Dengarkan Aku Tanpa CintaMu 2021 di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox bermula 9 April 2021 manakala video muzik rasmi pula pada 12 April 2021 di saluran YouTube Faizal Tahir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Dec 2022

Nasihat Netizen Sabar Tempuhi Dugaan Dunia, Ustaz Wadi Anuar Tekankan Tak Perlu…

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar bersabar dengan segala ujian hidup di dunia kerana ianya bersifat sementara. @mfazzy BERSABAR SEKEJAP DI DUNIA #dunia #tiktokguru #jombelajar #mfazzy #ustazwadiannuar ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang […]

Selebriti Wed, 13 Mar 2024
Featured Fri, 7 Mar 2025

“Tak Kisahlah Nak Pinangkan Madu Atau…” – Mona Allen Minta Jangan Normalisasikan Jaja Isu Rumah Tangga Pada Umum

Ada pihak yang sanggup menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ untuk tontonan umum.

Events Mon, 18 Aug 2025
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Trending Fri, 26 Jun 2020
Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

error: Content is protected !!