Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 18, 2025 @ 11:01am

“Anak Dipaksa Berbogel, Dit*ndang & Dih*ntak Kepala”- Pesakit Kanser Jadi Mangsa Buli Pelajar 12 Tahun Akibat Cinta Ditolak

Lagi kes buli kali ini melibatkan seorang pelajar di sebuah sekolah agama berusia 10 tahun.

Difahamkan, kanak-kanak itu merupakan seorang pesakit kanser hidung telah disahkan mengalami gegaran otak selepas dipukul, ditendang, dihentak kepala serta dipaksa berbogel oleh murid lain berusia 12 tahun dalm insiden yang berlaku pada Februari lalu.

Menurut ibu mangsa, Siti Suhana Misdi, 39, kejadian malang yang menimpa anaknya itu adalah disebabkan rasa tidak puas hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak cintanya.

Bagaimanapun, dia kesal apabila memaklumkan pembuli tidak dikenakan tindakan sewajarnya dengan alasan masih di bawah umur.

“Saya hanya mengetahui kejadian (buli terhadap anak) itu pada 24 Mac lalu selepas anak perempuan berkongsi kejadian sebenar kerana bimbang dengan keadaan adiknya.

“Sehingga kini saya tidak berpuas hati kerana kesan (buli) pada anak saya amat mendalam, dia mengalami gegaran otak hingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun terbabit dalam sukan.

“Doktor menyatakan tempoh penyembuhan mungkin memakan masa hingga tiga tahun serta perlu bergantung kepada ubat, selain berdepan risiko sawan sekiranya jatuh atau pengsan,” katanya.

Lebih mengejutkan, mangsa sekali lagi menjadi mangsa buli pada 7 Ogos lalu di sekolah kebangsaan di Skudai oleh pelaku berbeza.

Jelasnya, kejadian itu sekali lagi menyebabkan anaknya kini berdepan kesukaran memberi tumpuan dalam pelajaran dan tidak lagi aktif dalam aktiviti sukan sekolah.

“Saya tidak pasti mengapa anak saya menjadi mangsa buli, adakah kerana dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.

“Anak diserang kanser hidung sejak dua tahun lalu, alhamdulillah keadaannya sudah pulih 80 peratus dan hanya mengalami simptom sederhana selepas menerima rawatan sesuai,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, mengesahkan pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang mengambil tindakan lanjut mengenai kes ini.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Jan 2024

“Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

Allahu, macam tu rupanya, Tyzo tak berniat apa-apa pun diatas ucapannya yang tular tu😪

Eat Travel Sat, 29 Sep 2018

Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Caramel Popcorn Di Rumah. Semudah A, B, C!

Sambil tengok televisyen, sambil makan popcorn caramel ini, memang syok!

Trending Wed, 18 Aug 2021
Hiburan Sat, 13 Jul 2019
Featured Thu, 15 Mar 2018

Diberi Jolokan Maldives Indonesia, Pulau Derawan Buat Anda Enggan Pulang!

Pulau yang terkenal dengan jolokan Maldives Indonesia itu, sememangnya sebuah pulau yang mempesonakan dengan pesisiran serta kehidupan laut yang berbagai.

Events Wed, 12 Feb 2020

[VIDEO] “Persembahan Aina Tak Ada Unsur Insinuation”- Peguam Ini Buka Mulut

Semoga tiada lagi kontroversi yang timbul lepas ni

Acara Fri, 1 May 2020
Trending Tue, 19 Mar 2019

牛奶可乐一夜爆红!网友吵翻了,你敢喝吗?

最近,推特上有人又发起了一项挑战——牛奶+可乐,你会喝吗?

error: Content is protected !!